Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50?

Mersita · Nov 3, 2020 11:50 AM

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 01

Hyundai Kona 2020 baru saja dilancarkan dengan harga pengenalan RM 115,888 hingga RM 143,888 bagi tiga varian – ‘naturally aspirated’ 2.0 Standard dan 2.0 Active, serta varian spesifikasi tinggi 1.6 Turbo yang semuanya diimpot dari Korea (CBU).

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 02

Harga pengenalan ini akan luput pada 31 Disember 2020 apabila pengecualian 50% SST untuk kereta impot berakhir. Bermula tahun baharu, senarai harga untuk Hyundai Kona 2021 akan naik sehingga:

  • Kona 2.0 MPI Standard: RM 123,888
  • Kona 2.0 MPI Active: RM 138,888
  • Kona 1.6 Turbo: RM 151,888

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 01

Hyundai Kona 1.6 Turbo dari segmen B ini ialah pesaing ketat Proton X50 – dimana ia menghasilkan kuasa yang sama tapi dengan tork yang lebih tinggi sedikit. Ia juga lebih ringan dan ini meningkatkan nisbah antara kuasa dengan berat kereta.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 02

Tapi, Kona 1.6 Turbo menyatakan yang ia boleh mencapai pecutan 0 – 100 km/jam dalam masa 7.9 saat – serupa dengan kenyataan yang diberi untuk Proton X50.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 03

Walaubagaimanapun, memandangkan Kona diimpot dari Korea, pastinya kekurangannya terletak pada harga kereta impot.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 04

Varian 2.0 Active (tanpa ‘roof rack’ dan warna dua tona)

Berikutan situasi ini, tak mungkinlah Kona berdiri setara dengan harga Proton X50 walaupun dengan varian tertingginya yang berharga RM 103,300 (dikecualikan SST untuk kereta CKD sehingga 31 Dis 2020). Bukan saja X50, tapi Kona juga kalah dari segi harga dengan Honda HR-V yang dipasang tempatan.

Sayangnya apabila struktur cukai kita memberi impak sebegini kepada Kona kerana ia jauh lebih cantik berbanding pesaing-pesaingnya.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 05

Model facelift buat masa ini hanya boleh didapati dalam bentuk pemanduan sebelah kiri, tak relevan untuk dipinta

Ramai juga yang berpendapat bahawa pelanggan di Malaysia tidak diberi model yang paling bagus kerana Kona yang dilancarkan di sini adalah model sebelum facelift. Tapi, Hyundai Sime Darby tak boleh berbuat apa-apa untuk ‘masalah’ ini.

Sebabnya sangat ringkas – tiada versi pemanduan sebelah kanan untuk Kona facelift yang baru buat masa ini.

Pembuat kereta Korea tidak mengutamakan pasaran pemanduan sebelah kanan melainkan pasaran India; dimana pasaran kereta domestiknya sebahagian besarnya beroperasi sendiri tanpa pasaran antarabangsa).

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 06

‘Roof rack’ dan kemasan cat dua tona eksklusif hanya untuk varian 1.6 Turbo

Memandangkan Hyundai tidak memberi fokus terhadap model pemanduan sebelah kanan di tahap global, Malaysia menjadi pasaran pemanduan sebelah kanan yang pertama untuk melancarkan Hyundai Sonata generasi DN8 walaupun lambat. Oleh itu, tidak wajarlah jika kita katakan yang HSDM perlahan dalam usaha mereka untuk memperkenalkan model-model baharu di negara kita. Jika penghasil induk tidak kisah akan pasaran kita, tak banyak yang boleh dibuat oleh pengedar tempatan kita.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 07

Sebaliknya, Malaysia ialah negara pertama di luar Jepun yang menjual Honda HR-V Hybrid, dan Proton X50 pula ialah versi pemanduan sebelah kanan pertama bagi Geely Binyue.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 08

Pembuat kereta Jepun (dan China bagi Geely) memberikan lebih keutamaan dalam mengembangkan perniagaan mereka di sini. Ini juga menerangkan kenapa jenama Korea gagal untuk menembusi bukan saja pasaran Malaysia, tapi juga Thailand dan Indonesia dengan lebih agresif.

Memang betul Hyundai sedang membina satu kilang baru di Indonesia. Tapi, kilang ini hanya akan menghasilkan model-model pasaran membangun berkos rendah dan bukannya model-model global seperti Kona atau Sonata.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 09

Kona 1.6 Turbo, dengan kerusi kulit

Dengan penjelasan latar belakang ini yang sudah dijelaskan, kita berbalik kepada Hyundai Kona.

Bagi peminat-peminat Hallyu yang pentingkan gaya dan sanggup berbelanja lebih untuk tampak menonjol di kalangan ramai, Hyundai Kona sememangnya sesuai. Alang-alang terus pilih model spesifikasi tinggi 1.6 Turbo.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 10

Lagipun, anda sememangnya dah berbelanja lebih untuk model ini. Oleh itu, buat apa pilih varian NA biasa? Jika niat sebenar anda nak berjimat cermat, belilah saja Proton X50 dan pandulah kereta sama macam orang lain.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 11

Kona 2.0 Active, dengan tempat duduk separa kulit

Kami sudah membuat pandu-uji ringkas untuk Hyundai Kona (rebiu lebih terperinci akan menyusul sesudah kereta mula dihantar ke pelanggan) dan bagi kami, prestasinya cukup memuaskan. Ia bukanlah SUV yang paling selesa mahupun yang paling hebat pengendaliannya, tapi perkara yang sama boleh dikatakan untuk Proton X50 mahupun Honda HR-V.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 12

Jika keselesaan jadi keutamaan anda, kami sarankan anda untuk menunggu Toyota Corolla Cross yang dibina atas platform TNGA yang akan tiba tahun hadapan. Ia akan dipasang tempatan, dengan teknologi hibrid, tapi ia akan jadi lebih mahal berbanding Proton X50. Mereka yang nak jimat boleh ‘skip’ pilihan ini.

Setakat ini, kami kagum dengan setiap satu model Toyota yang dibina atas TNGA – Corolla Altis, Camry, C-HR, RAV4 – dimana semuanya mempunyai pemanduan yang lebih bagus daripada Mazda atau BMW yang setara. Tapi, kami perlu katakan yang Corolla Cross mempunyai rupa bentuk yang kurang menarik. Untuk makcik-makcik boleh lah, oleh itu yang mementingkan gaya boleh pilih kereta lain.

Ataupun, anda boleh saja beli sedan seperti Honda City atau Toyota Corolla Altis selain daripada SUV.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 13

Hyundai tidak ada menyatakan angka penggunaan bahan api untuk Kona pacuan roda hadapan T-GDi 1.6 liter. Tapi, apa yang kami tahu ialah varian pacuan semua roda dengan enjin yang sama (tidak dijual di sini) mempunyai kiraan penggunaan bahan api (menurut risalah) sebanyak 7.1 liter/100 km.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 14

Proton X50 dikatakan mempunyai penggunaan bahan api sebanyak 6.4 liter/100 km, berbanding Honda HR-V 6.5 liter/100 km.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 15

Antara ketiga-tiga kereta ini, kami hanya pernah memandu-uji HR-V RS dalam keadaan pemanduan sebenar dan kami dapati yang ia merekodkan angka 7 liter/100 km walaupun dipandu dalam keadaan trafik sesak beberapa kali. Oleh itu, kami tak rasa enjin berpengecas turbo X50 boleh menandingi angka ini kerana enjin berpengecas turbo seringkali berprestasi lebih rendah dalam keadaan pemanduan dunia sebenar.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 16

Bagaimana pula dengan Kona? Yang menariknya, enjin 1.6 Turbo Kona mampu beroperasi dalam dua kitaran enjin – kitaran Otto yang konvensional apabila dipandu dengan muatan berat, dan kitaran Atkinson yang jimat minyak untuk peluncuran.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 17

Honda HR-V Hybrid pernah ada, tapi Honda telah habis menjual kesemua stok 2020 untuk HR-V Hybrid. Senarai harga untuk model 2021 belum lagi diumumkan.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 18

Faktor utama yang membuatkan Kona lebih bagus daripada pesaing-pesaingnya ialah kombinasi gaya dan praktikalitinya. Ia mungkin tidak sepraktikal Honda HR-V, tapi kami dapati yang Kona lebih praktikal berbanding Proton X50 dan ia tampak lebih cantik berbanding Honda HR-V yang tampak lapuk.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 19

Belum ada lagi yang boleh menandingi tahap praktikaliti Honda HR-V

Hyundai Kna mempunyai keluasan but sebanyak 361 liter – lebih besar berbanding ruang but Proton X50 iaitu 330 liter. Tapi, kapasitinya lebih kecil berbanding keluasan but Honda HR-V iaitu 437 liter bagi model bukan hibrid.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 20

Dengan Ultra Seats, HR-V cukup selesa

Kona juga ketara lebih selesa berbanding HR-V, tapi setara dengan X50.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 21

Kona juga dilengkapi dengan lebih banyak fungsi keselamatan berbanding BMW X1 (tapi setara dengan Proton X50). Suite ADAS yang lengkap boleh didapati ditambah pula dengan Head-Up Display yang tidak boleh didapati di dalam Proton X50.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 22

Kona ialah satu-satunya dalam trio ini yang menawarkan HUD

Akan tetapi, Proton X50 dilengkapi Bantuan Parkir Auto yang separa automatik dan fungsi ini akan melaras stereng kereta secara automatik untuk memarkirkan kereta anda. Ia adalah salah satu kelengkapan yang membuatkannya popular, tapi ia beroperasi dengan terlalu lambat dalam aplikasi sebenar. Kami lebih rela menggantikan fungsi ini untuk HUD di dalam Kona.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 23

Antara ketiga-tiga kereta ini, hanya Kona yang dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay

Kami juga sukakan kelengkapan infotainmen Kona yang didatangkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay – sesuatu yang Proton payah betul nak tawarkan pada penggunanya. Terpaksalah pemiliknya gunakan aplikasi China saja. Tapi, sistem infotainmen di dalam Kona dan X50 jauh lebih bagus daripada infotainmen Honda HR-V.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 24

Honda HR-V ingin bersaing dengan kelengkapan kamera pengesan titik buta LaneWatch. Ia hanya berfungsi untuk bahagian sebelah penumpang saja dan ini boleh mengelirukan pemandu yang akan merujuk skrin tengah untuk membelok ke kanan. Tapi, bila dibandingkan dengan pengesan titik-buta yang biasa, yang dianggap tidak berguna dalam keadaan gelap atau hujan lebat, LaneWatch memberi sudut pandang yang lebih jelas. Bagaimana pula dengan sebelah pemandu? Secara amnya, titik buta bukanlah isu bagi sebelah pemandu dan ia lebih melibatkan sudut pandangan sebelah penumpang.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 25

Sebagai rumusan, belilah Proton X50 jika penjimatan ialah keutamaan anda dan jika anda tak kisah dengan ruang butnya yang kecil.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 26

Jika praktikaliti dan ruang dalaman yang menjadi keutamaan anda, dan anda tak kisah tentang sistem infotainmen yang biasa-biasa saja, pilihlah Honda HR-V.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 27

Yang pasti, titik penentunya disini ialah anda juga boleh pilih model yang lebih besar (tapi kurang jimat minyak) iaitu Proton X70 yang ada semuanya untuk harga yang sama. Tapi, ini hanya akan merumitkan topik kali ini, jadi kami hanya fokuskan pada SUV atau crossover yang lebih kompak.

Hyundai Kona 2020 lebih berbaloi daripada Honda HR-V dan Proton X50? 28

Disebabkan oleh harganya, Hyundai Kona akan mempunyai jumlah jualan yang lebih rendah. Tapi, memandangkan penggayaannya “BTS-approved”, anda pasti menonjol di jalan raya kerana ia model eksklusif. Sebagai kereta harian, ia cukup praktikal, cukup selesa, dan didatangkan dengan gajet dan fungsi keselamatan yang lebih dari cukup untuk para pembeli yang mahu menonjol dan tampak lain daripada yang lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona 2.0 Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru