window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober!

Zamil Syaheer Β· Aug 19, 2020 06:47 PM

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 01

Walaupun Proton belum dapat memastikan bila Proton X50 akan dilancarkan, kami cukup yakin ia akan berlaku dalam bulan Oktober. Beberapa sumber kami yang dipercayai memberi tarikh yang sangat spesifik - 15 Oktober.

Pelancaran pada bulan Oktober mudah difahami kerana Proton sangat memerlukan X50 untuk menutup jurang sasaran penjualan tahunannya yang terganggu akibat pandemik Covid-19. Sehingga Jun 2020, Proton hanya berjaya menjual 37,078 unit kereta berbanding 74,170 unit oleh Perodua. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 02

Geely Binyue, bakal menjadi X50.

​Sebaik saja bulan Oktober, Proton mempunyai kurang dari 2 bulan untuk mengejar sasaran penjualannya. Ikutkan, memang tidak cukup masa bagi pelanggan untuk membuat keputusan pembelian, trade-in kereta terpakai mereka, menyelesaikan permohonan pinjaman, mendaftar dengan JPJ, dan menyerahkan kereta kepada pemilik baru. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada masa yang sama, proses pembangunan untuk Proton X50 masih berjalan. Banyak penilaian di jalan raya terpaksa ditunda kerana PKP. Ini juga menjelaskan mengapa begitu banyak gambar Proton X50 yang disamarkan kerap muncul akhir-akhir ini di Internet. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 01

Apa Proton tidak menjangka adalah Hyundai Kona yang bakal tiba untuk mencuri perhatian dari Proton X50.

Ya, kami telah menerima maklumat bahawa Hyundai Kona akan dilancarkan di Malaysia pada bulan September / Oktober. Semestinya Hyundai tidak mendapat pengecualian cukai yang sama yang dinikmati oleh Proton, jadi harganya akan lebih mahal.

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 02

Sumber kami juga memaklumkan bahawa Kona akan diimport dan bukannya dipasang secara tempatan. Ini akan menaikkan harga Kona, mungkin melepasi Honda HR-V (dari RM 104,000). ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 03

Namun, Proton X50 takkan jadi semurah yang anda sangkakan walaupun dengan pengecualian cukai eksais. Ia dikuasakan oleh enjin yang harganya lebih tinggi daripada yang digunakan dalam Proton X70.

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 04

Walaupun berkapasiti lebih kecil, enjin 1.5 liter 3-silinder bercas turbo yang lebih ringan dan bersih dalam Proton X50 menghasilkan kuasa hampir sama (177 PS / 255 Nm) dengan unit 1.8 liter yang digunakan pada Proton X70 (184 PS / 300 Nm) yang tidak lagi mematuhi piawaian pelepasan Euro 6 terbaru, itulah sebabnya mengapa Proton X70 tidak dapat dieksport ke Singapura.

Proton X50 juga menggunakan platform BMA yang baru dan ringan. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 05

Kalau kita ketepikan soal harga, Hyundai Kona mempunyai tren kuasa yang lebih kurang dengan Proton X50, tetapi lebih stailo dan diperhalusi. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 06

Kami telah memandu Geely Binyue (ulasan di sini) di China dan Hyundai Kona (ulasan akan datang) di New Zealand. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 07

Interior Geely Binyue.

Pendek kata, kereta buatan China sangat bergaya dalam reka bentuk dalamannya, mempunyai banyak ciri-ciri dan terasa agak premium. Namun begitu, 10 peratus terakhir dimana sistem / ciri penyatuan berfungsi tidak begitu harmoni (atau ‘satu’). ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 08

Hyundai Kona yang kami pandu mempunyai enjin 1.6 liter 4-silinder bercas turbo yang menghasilkan 177 PS dan 265 Nm tork. Ia dipasangkan dengan transmisi automatik dwi-klac 7-kelajuan dengan pacuan all-wheel-drive.

Kami tidak dapat memastikan sama ada ini adalah tren kuasa yang sama untuk Kona dia pasaran Malaysia, tetapi nampak gayanya macam ya. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 09

Sejak beberapa tahun yang lepas, kualiti kereta Hyundai telah banyak diperbaiki dan diperhalusi, malah ada yang lebih baik dari kereta Eropah. Ini sama untuk Hyundai Kona yang terasa jauh lebih baik berbanding Geely secara keseluruhan. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 10

Geely pula memberi anda perasaan bahawa ia dibina oleh pasukan yang bekerja secara berasingan di bahagian kereta yang berbeza, hanya untuk mempunyai pasukan lain yang menghubungkan semuanya bersama-sama.

Sebagai contoh, enjin Geely Binyue menghasilkan 177 PS yang sangat tinggi tetapi bahagian seperti stereng, transmisi, dan kawalan casis tidak dikalibrasi dengan baik untuk membolehkan anda memanfaatkan semua kuasa itu. ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 11

Walaupun Hyundai Kona mempunyai bahagian dalam yang agak biasa sahaja, ia terasa lebih lengkap. Persoalannya, sejauh mana harga Kona dari Proton X50? ​

Hyundai Kona bakal terjah pelancaran Proton X50 pada bulan Oktober! 12

Jadi di mana letaknya posisi Honda HR-V? Buat masa kini, HR-V masih  kekal sebagai juara praktikaliti, ruang dalaman yang luas, dan kecekapan bahan bakar. Kesimpulannya, tidak ada yang dapat ditandingi oleh pesaingnya, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa persaingan semakin sengit.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda