window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona diacah secara rasmi? Hampir pasti dilancarkan Oktober?

Haris · Aug 26, 2020 11:59 AM

Hyundai Kona diacah secara rasmi? Hampir pasti dilancarkan Oktober? 01

Selepas tular dengan gambar intipan Hyundai Kona yang dijalankan pada minggu lepas, Hyundai nampaknya mengambil langkah selamat dengan mengacah sendiri beberapa imej Hyundai Kona. Melalui laman sosial Facebook, Hyundai telahpun mengacah bahagian dalaman Hyundai Kona yang agak menawan!

Hyundai Kona diacah secara rasmi? Hampir pasti dilancarkan Oktober? 01

Dengan kapsyen yang berjudul ‘A glance of the “upcoming” interior’ (Sekilas pandang rekaan dalaman yang ‘akan datang’), ramalan pelancaran Hyundai Kona pada bulan Oktober nampaknya semakin tepat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Kona diacah secara rasmi? Hampir pasti dilancarkan Oktober? 01

Hyundai Kona untuk pasaran Malaysia ini berkemungkinan hadir dengan kemasan berwarna hitam dengan jalur merah atau mengikut warna kereta. Hal ini kerana, Hyundai turut mengacah Hyundai Kona yang berwarna merah.

Hyundai Kona diacah secara rasmi? Hampir pasti dilancarkan Oktober? 02

Selain itu, warna yang telah diintip minggu lepas adalah warna kuning dan biru gelap. Adakah anda berminat dengan warna luaran kuning atau biru gelap namun kemasan dalaman berjalur merah? 

Hyundai Kona diacah secara rasmi? Hampir pasti dilancarkan Oktober? 03

Sebagai rujukan, Hyundai Kona menggunakan enjin 1.6 liter berkuasa turbo yang mampu menjana sehingga 177 PS kuasa kuda dan 265 Nm tork. Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi dwi klac 7 kelajuan.

Hyundai Kona diacah secara rasmi? Hampir pasti dilancarkan Oktober? 04

Dengan bulan pelancaran yang dijangka sama dengan Proton X50, Hyundai Kona mungkin menerima tempias daripada pelancaran tersebut. Selain daripada Proton X50, Hyundai Kona akan bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3 dan Renault Captur.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda