window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi!

Zamil Syaheer Β· Nov 24, 2021 02:00 PM

Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi! 01

Hyundai Kona Electric 2021 mungkin model baharu di Malaysia, tetapi ia pastinya merupakan permulaan yang hebat, kerana kumpulan pertama crossover elektrik ini hampir habis dijual.

Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi! 02

Menurut sumber berkaitan yang dipercayai, sekitar 70 peratus daripada kumpulan awal Kona Electric telah dijual sebelum pelancaran rasmi. Sumber yang sama turut menambah bahawa baki unit Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) dijangka akan habis dijual pada hujung minggu ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi! 01

Kumpulan berikutnya dengan kuantiti yang lebih besar dikatakan akan tiba dalam suku pertama tahun 2022. Ia untuk menampung minat yang kuat terhadap model itu, terutamanya daripada agensi kerajaan dan syarikat yang menggunakan kenderaan elektrik (EV).

Juga baca: Kenderaan EV jadi faktor baru dalam perancangan bekalan elektrik negara

Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi! 02

Sebagai rangkuman, Hyundai Kona Electric kini merupakan EV termurah di Malaysia, dengan harga bermula dari hanya RM 149,888. Kona Electric jauh lebih murah dari pemegang rekod sebelumnya, Nissan Leaf (~RM 181,263).

Juga baca: Dari RM 149k, Hyundai Kona Electric 2021 dilancarkan - marhaen kini berpeluang rasai kereta EV!

Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi! 03

Harga Kona Electric pada masa ini termasuk pengecualian cukai yang diumumkan pada bulan Oktober dan penghantaran akan bermula pada Februari 2022.

Juga baca: Bajet 2022 – kereta EV: 0% cukai import, eksais & road tax, RM 2.5k rebat untuk cukai pendapatan

Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi! 04

Crossover elektrik baharu ini tersedia dalam tiga varian di Malaysia: e-Lite, e-Plus dan e-Max. Kona e-Lite dan e-Plus mempunyai bateri 39.2-kWj dengan motor elektrik yang menghasilkan 136 PS dan 395 Nm.

Menurut Hyundai, masa pecutan 0-100 km/j masa ialah 9.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksima pada 155 km/j. Jarak pemanduan berdasarkan kitaran WLTP dinilai pada 305 km.

Hyundai Kona Electric 2021 laku, hampir habis dijual di Malaysia, HSDM akan bawa masuk lagi! 05

Bagi e-Max pula, ia mendapat bateri 64-kWj yang lebih besar dan motor elektriknya menghasilkan output maksimum 204 PS dan 395 Nm. Ia mampu melakukan 0-100 km/j dalam 7.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksima pada 167 km/j. Jarak pemanduan di bawah kitaran WLTP dinilai pada 484 km.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona Electric e-Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda