window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona, Kona EV dikeluarkan dari laman web Malaysia; model baharu akan datang atau ini selamat tinggal?

Zamil Syaheer · Jun 12, 2024 06:00 PM

Hyundai Kona, Kona EV dikeluarkan dari laman web Malaysia; model baharu akan datang atau ini selamat tinggal? 01

Dalam diam, Hyundai Kona dan Kona Electric (BEV) telah dikeluarkan dari laman web Hyundai Malaysia.

Kalau tengok jangka hayat model Kona di Malaysia, ianya tidaklah terlalu lama untuk kedua-dua model ini. Kona dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) diperkenalkan di sini pada Oktober 2020 dengan model facelift muncul tidak lama selepas itu pada April 2021. Kona Electric dilancarkan di sini pada November 2021.

Sepanjang penjualan model ini di sini, harga Kona ‘facelift’ berada dari RM 120k hingga RM 147k. Sementara itu, harga Kona Electric berada antara RM 150k hingga RM 200k dan ianya merupakan salah satu BEV terawal di negara ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada model baru akan datang ke?

Hyundai Kona, Kona EV dikeluarkan dari laman web Malaysia; model baharu akan datang atau ini selamat tinggal? 01

Kona serba baharu

Buat masa kini, agak sukar untuk menentukan nasib Kona di Malaysia. Kemungkinan pertama ialah kita mungkin mendapat Kona baharu sepenuhnya kerana jiran kita di Indonesia telah membuka tempahan untuk model tersebut baru-baru ini. Spesifikasi tempatan belum diumumkan lagi tetapi versi antarabangsa dianggarkan mempunyai jarak lebih daripada 600 km mengikut kitaran WLTP.

Kemungkinan lain ialah Kona tidak akan kembali ke Malaysia dengan empatnya di pasaran SUV segmen B diisi oleh Hyundai Creta yang lebih sesuai. Hyundai Creta dijual pada harga RM 149,888.

Hanya masa yang akan menentukan, tetapi buat masa ini selamat tinggal Kona...

 

 

 

 

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia