window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona sudah boleh ditempah sebelum Proton X50! Harga bermula RM 115k?

Haris Β· Aug 27, 2020 10:00 AM

Hyundai Kona sudah boleh ditempah sebelum Proton X50! Harga bermula RM 115k? 01

Setelah sekian lama diacah dan diintip, akhirnya Hyundai Malaysia mengambil inisiatif untuk membuka tempahan Hyundai Kona bermula hari ini. Jika anda telah mendaftarkan diri untuk pra tempahan, anda berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran Hyundai Kona secara eksklusif!

Hyundai Kona sudah boleh ditempah sebelum Proton X50! Harga bermula RM 115k? 01

Layari laman web Hyundai di sini, isikan butiran anda dan bayar RM 288* (tertakluk kepada terma) sebagai yuran tempahan. Harganya pula bermula daripada RM 115,000 *kemaskini 1 Sept 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perbandingan harga

Hyundai Kona sudah boleh ditempah sebelum Proton X50! Harga bermula RM 115k? 01

Hyundai Kona akan bersaing dengan raja SUV segmen B iaitu Honda HR-V. Honda HR-V bermula daripada RM 104,000, kurang beberapa ribu sahaja berbanding Hyundai Kona. Jika anda suka kimchi berbanding sushi, perbezaan ini tidaklah begitu ketara apabila dibayar secara ansuran bulanan.

Hyundai Kona sudah boleh ditempah sebelum Proton X50! Harga bermula RM 115k? 02

Selain itu, pesaing yang paling dinanti-nantikan adalah Proton X50 yang dijangka bakal dilancarkan pada bulan Oktober 2020. Tanda harganya pula masih menjadi tanda tanya. Di atas adalah perbezaan dimensi bagi ketiga-tiga SUV ini.

Butiran tambahan

Hyundai Kona sudah boleh ditempah sebelum Proton X50! Harga bermula RM 115k? 03

Harga yang sedikit mahal tersebut adalah disebabkan status CBU model ini. Hyundai Kona dijana oleh enjin empat silinder 1.6 liter berkuasa turbo yang menjana 177 PS kuasa kuda dan 265 Nm tork. Trenkuasa tersebut digandingkan dengan transmisi dwi klac 7 kelajuan automatik.

Hyundai Kona sudah boleh ditempah sebelum Proton X50! Harga bermula RM 115k? 04

Berdasarkan video acah yang dipaparkan oleh Hyundai Malaysia, model yang bakal dipasarkan di sini adalah model generasi pertama. Hyundai Kona bakal menerima facelift yang dijangka akan hadir pada tahun 2021 bagi pasaran global. Tidak diketahui bilakah versi tersebut akan hadir ke Malaysia.

Hyundai Kona sudah boleh ditempah sebelum Proton X50! Harga bermula RM 115k? 05

Diharapkan agar model Hyundai terbaru ini bakal menguatkan lagi jenama kereta Korea di Malaysia. Masih terdapat peminat kereta Korea di Malaysia yang mendambakan jenama Korea menyusur di jalan raya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda