window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri?

Haris Ā· Oct 31, 2020 02:00 PM

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 01

Hyundai Sime Darby Malaysia telah melancarkan Hyundai Kona bersama-sama dengan Hyundai Sonata hari ini. Bakal menjadi pencabar terbaru segmen B secara keseluruhan, Hyundai Kona bakal bersaing dalam pasaran yang semakin hangat. Ada Proton X50, Honda HR-V, Kia Seltos dan kalau nak kira sekali crossover, Mitsubishi Xpander.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 01

Jadi kita melihat, kita membongkar, SUV manakah paling berbaloi untuk varian asas. Dengan harga sebanyak RM 115k, nak tahu apa yang anda bayar untuk sebuah Hyundai Kona spec asas?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Aspek trenkuasa

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 01

Semestinya, pembeli yang sedang mempertimbangkan SUV segmen B ini masih dalam kalangan pemandu muda yang mencari kenderaan yang lebih ‘matang’. Ketiga-tiga model ini sememangnya sesuai untuk pembeli prospek sebegini.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 02

Terus ke titik utama, Hyundai Kona mempunyai enjin bersesaran paling besar antara ketiga-tiga model. Hyundai Kona dilengkapi dengan enjin 2.0 liter NA dengan 149 PS kuasa kuda dan 179 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan konvensional. Kesemua ini untuk varian paling asas Hyundai Kona 2.0 Standard.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 03

Walaupun kene bayar untuk power tailgate, Proton X50 tidak mengecewakan dengan enjin ‘port injection’ tiga silinder 1.5 Turbo MPI (digelar ‘Multi Point Injection’ atau MPI) yang mampu menjana sehingga 150 PS dan 226 Nm dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Biasalah, ini enjin Turbo kan? Lebih kuasa, lebih penggunaan minyak dan kos selenggara.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 04

Juara lama SUV segmen B, Honda HR-V juga tidak kurang hebat dengan enjin 1.8 liter NA dengan 142 PS kuasa kuda dan 172 Nm tork dengan transmisi CVT. Paling lemah tetapi tidaklah begitu jauh ketinggalan. Cukuplah kan daripada membayar roadtax untuk enjin 2.0?

Dimensi

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 05

Bukan suatu aspek yang menjadi pertimbangan utama, ketiga-tiga SUV ini hampir sama dari segi saiz. Hanya panjang Hyundai Kona yang sedikit pendek, mungkin akan membantu memudahkan anda untuk meletakkan kereta pada kedudukan yang sempit. Sesuai dengan pembeli prospek SUV ini iaitu pemandu berjiwa muda.

Ciri dan Kelengkapan Keselamatan

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 06

Melihat daripada jangka hayat barisan SUV ini, Honda HR-V pastinya sedikit lapuk. Kemaskini terakhir baru sahaja diterima tahun 2019, adakah kita akan melihat Honda HR-V dikemaskini pada tahun hadapan?

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 07

Kembali ke Honda HR-V 1.8 E, model ini nampak muram sahaja di atas kertas. Skrin infotainment 6.8 inci dengan sokongan Bluetooth memang sekadar ada saja. Walau bagaimanapun, Honda HR-V hadir dengan 6 beg udara dengan Lampu Amaran Kecemasan (Emergency Stop Signal) dan tempat duduk separa kulit.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 08

Hyundai Kona lebih baik berbanding ketiga-tiga SUV ini kerana dilengkapi dengan sistem infotainmet 8 inci dengan Apple Carplay dan Android Auto. Nak beli sistem infotainment aftermarket yang ada fungsi tersebut, bukan murah ya! Ia juga turut dilengkapi dengan 6 beg udara dan ESS seperti Honda HRV 1.8 E. Kemasan tempat duduk juga separa kulit.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 09

Proton X50 Standard ditawarkan dengan kelengkapan yang setanding dengan harganya. 4 beg udara, sistem infotainment 8 inci dengan kawalan suara separa penuh dan hanya didatangkan dengan fungsi Mirrorlink. Kemasan tempat duduknya pula menggunakan fabrik.

Kesimpulan

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 10

Jika dikenakan pada harga dan kuasanya, Proton X50 dah tentu menang. Namun, adakah harga tersebut berbaloi dengan kelengkapannya? Tepuk dada tanya selera. Ramai pembeli melangkau Proton X70 varian asas, adakah trend yang sama akan dilihat pada Proton X50?

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 11

Honda HR-V 1.8 E pula diletakkan pada tanda harga RM 104,000, sangat-sangat sesuai dengan kelengkapannya. Kualiti pemanduan yang mantap, sesaran enjin yang cun, peminat yang ramai, Honda HR-V memang suatu pembelian berbaloi buat mereka yang tahu menghargainya.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 12

Bagi pencabar terbaru, Hyundai Kona 2.0 Standard hadir dengan tanda harga sebanyak RM 115,000. Perbezaan hampir RM 10 ribu menjadikan Hyundai Kona 2.0 Standard lebih sesuai bersaing dengan varian Honda HR-V yang kedua, 1.8 V. Apa yang menariknya, kami merasakan Hyundai Kona ini mempunyai kelengkapan, kualiti audio yang lebih baik dan rekaan yang lebih ranggi berbanding Honda HR-V.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HRV: Kona low spec harga RM 115k! Fokus pada ciri-ciri? 13

Ingin tahu apa rasanya memandu Hyundai Kona? Baca ulasan kami di sini. Pada harga RM 115,000, adakah Hyundai Kona mampu menarik minat pelanggan segmen B yang rambang mata? Komen di laman Facebook kami!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda