window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik?

Faisal · Oct 31, 2020 12:00 PM

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 01

Dengan pelancaran rasmi Proton X50 baru-baru ini, Hyundai Kona juga dilancarkan secara virtual di laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia semalam. Maka itu, persaingan SUV segmen B yang diungguli oleh Honda HR-V selama ini akan menjadi semakin rancak.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 02

Dari atas: Hyundai Kona, Proton X50, dan Honda HR-V Hybrid

Setiap SUV mempunyai kelebihan masing-masing melalui reka bentuk dan kelengkapan yang menarik. Sebelum kami membuat rebiu penuh, mari kita lihat gambaran yang lebih jelas untuk membandingkan varian tertinggi di antara mereka.

Tren kuasa

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 01

Dengan teknologi yang berkembang pesat, tidak hairanlah sekiranya saingan kali ini ini merangkumi enjin turbo dan hibrid.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 02

Hyundai Kona 1.6 T-GDI High didatangkan dengan enjin 1.6L 4-silinder turbo yang menghasilkan 177 PS dan 265 Nm tork. Kuasa ini dipadankan ke transmisi dwi-klac 7 kelajuan (DCT).

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 03

Sebagai perbandingan, Proton X50 1.5L TGDi dikuasai oleh enjin 1.5L 3-silinder turbo yang menghasilkan kuasa yang sama pada 177 PS. Tork pula dihasilkan sebanyak 255 Nm. Enjin ini turut dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 04

Honda HR-V Hybrid pula mempunyai unit 1.5L i-DCD. Enjin ini menghasilkan kuasa gabungan sebanyak 152 PS dan 190 Nm tork. Seperti mereka, HR-V Hybrid juga dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Dimensi

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 05

Proton X50 dan Honda HR-V mempunyai ukuran panjang yang hampir sama pada 4.33 meter. Sebaliknya, Hyundai Kona adalah paling pendek dalam saingan ini.

Menariknya, ketiga-tiga SUV ini mempunyai jarak roda yang hampir sama pada lingkungan 2.6 meter.

Ciri dan Kelengkapan

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 06

Walaupun dengan saiz skrin yang sederhana, Hyundai Kona dilengkapi dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 07

Di dalam saingan ini, hanya Hyundai Kona yang mempunyai sokongan interaktif sebegini. Selain itu, SUV ini juga didatangkan dengan paparan maklumat Heads-Up Display di cermin pemandu.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 08

Menariknya, Hyundai Kona adalah SUV pertama di dalam segmen ini yang memiliki ciri pengecas telefon tanpa wayar (wireless charging).

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 09

Walaupun Proton X50 tidak didatangkan dengan sokongan tersebut, ia mempunyai ciri arahan suara “Hi Proton” yang boleh mengawal beberapa fungsi di dalam kabin. Pada masa yang sama, ia didatangkan dengan sistem kamera 360-darjah.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 10

Mengenai Honda HR-V Hybrid pula, sistem infotainment hanya didatangkan dengan sokongan Bluetooth. Menariknya, sistem infotainment ini juga boleh memaparkan imej di sisi kenderaan melalui sistem kamera LaneWatch.

Ciri keselamatan

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 11

Hyundai Kona memberikan saingan yang sengit dengan Proton X50 dimana ia didatangkan dengan ciri bantuan keselamatan yang hampir serupa. Antaranya ialah kawalan pelayaran adaptif (ACC), amaran titik buta (BSM), brek kecemasan automatik (AEB), amaran pelanggaran hadapan (FCW), Lane Keeping Assist (LKA), dan Lane Departure Warning (LDW).

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 12

Menariknya, Proton X50 juga didatangkan dengan bantuan pembaca tekanan tayar (TPMS) serta sistem bantuan parkir (Auto Park Assist).

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 13

Honda HR-V Hybrid pula hanya didatangkan dengan kamera Honda LaneWatch untuk memaparkan visual titik buta di bahagian kiri kenderaan.

Konklusi

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 14

Perbezaan varian pada Hyundai Kona

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 15

Perbezaan varian pada Proton X50

Walau apapun pilihan anda, setiap SUV segmen B mempunyai kelebihan masing-masing.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 16

Walaupun sudah lama berada di pasaran, Honda HR-V Hybrid masih sesuai untuk anda yang menginginkan pakej yang paling praktikal pada sebuah SUV kompak. Pada masa yang sama, teknologi hibrid yang digunakan memberikan penjimatan minyak yang cemerlang.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 17

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang unik dan berlainan daripada orang lain, Hyundai Kona semestinya sesuai dengan keutamaan anda. Selain berteknologi tinggi, ia juga memiliki prestasi yang cukup bertenaga.

Hyundai Kona vs Proton X50 vs Honda HR-V – Varian teratas manakah paling baik? 18

Secara keseluruhan, Proton X50 memiliki pakej yang paling lengkap. Selain harga yang menarik, SUV ini juga mempunyai pelbagai ciri yang moden dengan rupa paras yang cukup bergaya. Disertakan dengan kualiti binaan yang cukup tinggi, tidak dinafikan bahawa ia sebuah pilihan yang munasabah untuk semua golongan pembeli.

Oleh itu, SUV yang manakah menjadi pilihan anda?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Hyundai Kona 1.6 Turbo

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda