window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat!

Haris · Jul 16, 2021 11:00 AM

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 01

Jenama Korea menjadi peneraju MPV 7 penumpang di seluruh dunia dan ini dicerminkan dengan sangat baik di pasaran Thailand. Untuk separuh pertama tahun 2021, Hyundai mendahului Kia untuk menjadi model MPV 11 penumpang terlaris di sana.

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 02

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Portal Headlight Mag telah melaporkan bahawa Hyundai mendahului separuh pertama tahun 2021 dengan 911 unit berbanding  Kia di tempat kedua dengan 881 unit.

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 01

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 02

Model yang menjadi taruhan Hyundai ketika ini di Thailand adalah Hyundai H-1 atau lebih dikenali sebagai Hyundai Grand Starex di Malaysia.

Jualan MPV 11 penumpang Januari - Mei 2021 di Thailand
Model Unit jualan
Hyundai H-1 911
Kia Carnival 881
Toyota Majesty 271
Ssangyong Rodius 34
MG V80 2

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 03

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 04

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 05

Rekaan dalaman Kia Carnival

Di Thailand, Kia Carnival adalah model yang lebih mahal namun ia berbaloi dengan ciri kelengkapan dan keselamatan yang ditawarkan. Prestasi jualan juga agak mengagumkan memandangkan bahawa ia lebih mahal berbanding Hyundai H-1 (Hyundai Starex).

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 06

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 07

Rekaan dalaman Hyundai H-1

Hyundai pula bijak mengikut pasaran. Kia Carnival serba baharu sudah dipertontonkan di Thailand namun model yang dilancarkan terlebih dahulu adalah Hyundai Staria.

Hyundai Staria ditawarkan dalam 2 varian pada harga bermula RM 222k.

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 08

Hyundai mendahului Kia di Thailand - segmen MPV 11 penumpang masih ada peminat! 09

Dengan kehadiran Hyundai Staria, perseteruan dua MPV ini bakal melihatkan keputusan yang lebih menarik. Hal ini kerana Hyundai Staria mempunyai rekaan yang jauh lebih radikal berbanding model MPV biasa dan sangat futuristik. Untuk Kia Carnival pula, ia kini tampil lebih premium dan eksklusif namun masih mengekalkan ciri rekaan konvensional.

Adakah minat terhadap 2 MPV ini akan terbahagi dengan ketara seperti Honda Civic vs Toyota Corolla Altis? Jangan lupa kedua-duanya ada peluang untuk sampai ke Malaysia!

Bacaan Lanjut:

Hyundai Staria debut ASEAN - 2.2L turbo diesel, 11 penumpang, harga bermula RM 222k!

Nak beli Alphard recond? Ini 30 bukti bergambar kenapa anda patut tunggu untuk Kia Carnival CKD

Kia Carnival CKD baru bakal dilancarkan awal 2022, Seltos Q4, mensasarkan jualan 2,000 unit di Malaysia

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Hyundai Grand Starex Executive Plus

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda