Hyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021!

Haris · Mar 12, 2021 03:00 PM

Hyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021! 01

Hyundai-Sime Darby Motors, pengedar kenderaan jenama Hyundai di Malaysia hari ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk tahun 2021. Mereka telah mengesahkan 2 model yang bakal dilancarkan tahun 2021 iaitu Hyundai Palisade dan Hyundai Kona facelift.

Hyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021! 02

Sorotan yang lebih gah di sini tentulah Hyundai Palisade. SUV 7 penumpang ini adalah sebuah ‘apartment bergerak’ yang dikuasakan oleh enjin bersesaran sehingga 3.8 liter NA V6 yang mampu mencatatkan sehingga 292 PS kuasa kuda dan 355 Nm tork.

Hyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021! 01

Model Hyundai Palisade menerima pelbagai anugerah global yang meletakkannya sebagai SUV mewah terbaik yang ada dalam pasaran. Bagi golongan yang berkemampuan, kini anda boleh memiliki SUV 7 penumpang yang mewah ini.

Hyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021! 02

Tidak banyak spesifikasi Hyundai Palisade yang diumumkan HSDM. Setakat yang diberitahu, model SUV mewah ini tampil dengan paparan HUD yang canggih.

Terdapat juga corong penyaman udara bumbung yang inovatif, mampu memberikan suasana yang lebih sejuk secara keseluruhan atau tertumpu pada bahagian yang diinginkan.

Hyundai Palisade 2021 dengan enjin 3.8L V6, bakal dilancarkan di Malaysia tahun 2021! 03

Hyundai Palisade disasarkan untuk menyaingi beberapa model SUV 7 penumpang mewah seperti Volvo XC90 dan juga Mazda CX-9.

HSDM turut mengumumkan beberapa model lain telah dirancang untuk pelancaran di Malaysia yang akan mengujakan peminat kereta. Apa kata anda ikuti Wapcar.my untuk sebarang berita terkini mengenai pelancaran oleh Hyundai Malaysia.

Bacaan Lanjut:

Hyundai Staria diacah - MPV hybrid 7 penumpang baharu, bakal ditawarkan di Malaysia?

Spyshot: Hyundai Kona baru dilancarkan tahun lepas tapi model facelift dah tiba?

Hyundai Ioniq digugurkan dari laman web Hyundai Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru