window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi?

Mersita ยท Sep 4, 2020 11:00 AM

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi? 01

Selain daripada Toyota, Hyundai juga sibuk mengeluarkan model crossover baharu. Malaysia cuma ada 3 crossover Hyundai iaitu Santa Fe, Tucson, dan Kona yang akan datang tak lama lagi. Di luar negara pula, beberapa model crossover seperti Creta dan Venue yang bertubuh kecil sedikit, Nexo yang ‘fuel-cell-powered’, dan juga Palisade yang sasa dan besar.

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi? 02

Memandangkan Hyundai di Malaysia semakin menempa nama, jiran kita di selatan juga semakin rapat dengan jenama ini sejak pengumuman dibuat tentang perancangan Hyundai untuk membina kilang mereka di sana.

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi? 03

Menurut info yang dikumpulkan Autonet Magz, mereka dapat tahu yang Palisade mungkin akan tiba di Indonesia tak lama lagi. Model Palisade buat masa sekarang hanya boleh didapati di pasaran pemanduan sebelah kiri dengan Amerika Utara sebagai pasaran utamanya.

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi? 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Autonet Magz, nama “PALISADE22LX2CRDI2WA” barangkali menunjukkan yang Palisade Indonesia hanya akan didatangkan dalam satu varian. Jom kita bincangkan lagi.

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi? 01

Berdasarkan gabungan huruf dan nombor di atas, mereka membuat spekulasi yang Indonesia mungkin akan diberi Palisade dengan enjin diesel. Enjin ini boleh jadi enjin CRDI 2.2 liter dengan janaan kuasa maksima sebanyak 200 PS dan 441 Nm. Enjin ini akan dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi? 02

Jika Palisade disahkan untuk sampai ke pasaran Indonesia, ini bermaksud ia akan bersaing dengan Mazda CX-8. Di Amerika, Palisade mempunyai banyak pesaing ketat seperti Kia Telluride, Honda Pilot, Toyota Highlander, dan juga Ford Explorer.

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi? 03

Tapi, Indonesia tidak akan menjadi satu-satunya pasaran RHD bagi model Palisade ini. Australia juga sedang menunggu kedatangan SUV bersaiz besar ini. Ia akan berada di atas Santa Fe dari segi penetapan harga.

Hyundai Palisade akan tiba di Indonesia. Malaysia bila lagi? 04

Untuk rakyat Malaysia, sabar dulu. Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) belum lagi mengumumkan mahupun mengesahkan kedatangan Palisade ke tanah air kita. Tapi, anda boleh jangkakan yang segmen SUV crossover 7 tempat duduk di sini jadi lebih hangat terutama sekali dengan kehadiran Volkswagen Tiguan Allspace.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda