Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord?

Mersita · Nov 14, 2020 11:50 AM

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 01

Apabila bercakap tentang kereta Hyundai, pasti ada pengkritiknya yang memunculkan diri. Kritikan itu samada datang daripada “kelengkapannya yang tak cukup bagus”, ataupun komen “RM 200,000 semata-mata untuk kereta Hyundai??”

Kritikan ini mengelabui kehadiran Hyundai Sonata 2020 sejak ura-ura kedatangannya ke Malaysia mula diumumkan. Tapi, adakah kereta ini betul-betul layak menerima kritikan-kritikan ini? Kami bandingkan risalah spesifikasi Sonata dengan pesaingnya iaitu Toyota Camry dan Honda Accord untuk menguji teori “tidak berbaloi” ini.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 02

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Harganya

Ya, memang jelas harganya yang tinggi mengundang kritikan. Harga runcit penuh bagi Hyundai Sonata ialah RM 206,888 – RM 10,000 lebih tinggi daripada Toyota Camry (RM 196,888) dan Honda Accord (RM 195,900). Harga-harga yang dinyatakan ini adalah harga sebelum dikecualikan/diskaun cukai.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 01

Ini kerana Hyundai Sonata ialah unit impot sepenuhnya (CBU) dari kilang Hyundai di Ulsan, Korea. Oleh itu, ia terpaksa membayar cukai yang tinggi.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 02

Memandangkan Camry ialah unit CBU dari Thailand, UMW Toyota mampu menikmati perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani Malaysia dengan Thailand. Kelebihan ini membolehkan ia dijual pada harga yang lebih wajar.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 03

Disamping itu, Honda Accord dipasang tempatan di kilang Honda di Pegoh – membuatkan harga jualannya lebih rendah.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 04

Jika anda nak bincangkan tentang pesaing tetapnya, kami ingin tambah lagi sebuah kereta dalam senarai ini. Dalam banyak-banyak sedan segmen D yang paling popular dijual di Malaysia, pesaing paling bagi Sonata ialah Mazda 6 kerana kereta itu adalah uni CBU dari Jepun. Walaupun selepas diskaun SST, harga Mazda 6 masih lagi sekitar RM 204,288.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 05

Sebagai promo pengenalan istimewa, Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini menawarkan Sonata pada harga RM 189,888.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 06

Ini meletakkan harganya hampir dengan harga Camry tanpa SST iaitu RM 188,763 dan harga Accord tanpa SST iaitu RM 187,391.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 07

Luaran

Seusai kita bergaduh pasal harga, jom kita bincangkan bab rupa bentuk dan rekaan badan kereta pula. Tak dapat dinafikan yang Sonata ialah yang paling stail berbanding pesaing-pesaingnya.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 08

Ya, Accord masih lagi baru dalam pasaran ini setelah pelancarannya pada bulan Februari 2020 lalu, manakala Camry pula membuat kemunculan semula pada 2019 dengan rupa bentuk baharu yang agak radikal.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 09

Tapi, kita kena akui yang kedua-dua kereta ini tidak menonjol dan membuat orang menoleh dua kali seperti Sonata.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 10

Sonata generasi kelapan tampak serba baru dan cukup lain daripada model terdahulunya. Ia yang paling bergaya setakat ini.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 11

Dari muka hadapan dengan rekaan baharu Digital Pulse Cascading Grille hinggalah ke rupa bentuk yang ‘sleek’, Sonata tampak sempurna dengan sambungan rekaan lampu breknya yang menyusur lembut sepanjang belakang badan kereta.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 12

Hyundai juga mengaplikasikan elemen pintar dalam rekaannya dengan mengintegrasikan lampu hadapan LEDnya dengan jalur krom yang membawa sudut pandangan anda kearah sisi badan kereta untuk menghasilkan ilusi pergerakan. Nampak gayanya Mazda bukanlah satu-satunya pembuat kereta yang bermain dengan efek ilusi masa kini.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 13

Dari segi rupa bentuk, Camry tampak sangat agresif jika dibandingkan dengan rupa Sonata yang mewah dan kemas. Kedua-dua kereta ini juga membuatkan Accord tampak lebih seperti kereta ahli perniagaan yang tegas dan serius dan bukannya seperti sedan sport.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 14

Kelengkapan

Dari segi teknologi, Sonata pun cukup ‘power’. Ia menawarkan skrin sentuh jenis terapung bersaiz 8 inci sebagai paparan infotainmennya, dilengkapi dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 15

Ia tidak diberi Apple CarPlay tanpa-wayar seperti Volkswagen Passat, tapi ia melangkaui kelengkapan yang ada pada Camry. Kelengkapan tambahan lain seperti pad pengecas tanpa wayar dengan kipas untuk telefon bimbit anda pasti membuatkannya satu pilihan yang lebih menarik.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 16

Sonata juga mempunyai kelebihan tambahan berbanding Accord dan Camry – ia dikemaskan dengan kluster instrumen LCD 12.3 inci yang boleh dilaraskan mengikut mode pemanduan yang dipilih. Lebih kurang sama seperti Passat.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 17

Selain dari itu, sama seperti Camry, Sonata juga dilengkapi dengan paparan atas kepala untuk memudahkan pemandu. Malangnya Accord tiada kelengkapan ini.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 18

Kelengkapan keselamatan

Sampai saja bab keselamatan, Sonata kalah dengan pesaing-pesaingnya. Berlainan dengan Hyundai Kona, Sonata tidak dilengkapi dengan sebarang fungsi ADAS.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 19

Ini membuatkan Sonata tertinggal jauh dari Camry yang menawarkan suite penuh Toyota Safety Sense. Accord juga merupakan sedan segmen D pertama yang didatangkan dengan suite penuh ADAS Honda Sensing.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 20

Tapi, Sonata dilengkapi dengan 6 beg udara dan sistem Tinjauan Pandangan Titik-Buta untuk menyaingi LaneWatch Honda.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 21

Tren kuasa

Sonata baharu ini dikuasakan oleh enjin ‘naturally-aspirated’ Smartstream G2.5 yang baharu, dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan yang menghasilkan 180 PS dan 232 Nm.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 22

Berdasarkan angka ini sahaja, Sonata menjana kuasa yang paling rendah berbanding pesaingnya, dan ini termasuklah Passat dan Mazda 6.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 23

Enjin 1.5 liter berpengecas turbo Honda Accord menjana kuasa 201 PS dan 260 Nm, manakala enjin 2.5 liter ‘naturally-aspirated’ Toyota Camry pula menjana kuasa 184 PS dan 235 Nm.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 24

Jika dilihat dengan lebih teliti, spesifikasi Sonata tidak membuatkannya lebih menonjol apabila dibandingkan dengan pesaingnya.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 25

Tapi, perkara biasa bagi kereta Hyundai adalah ‘wow factor’nya bukanlah terletak pada risalah spesifikasinya. Perkara yang membuatkan orang minat dengan kereta Hyundai ialah pengalaman ruang kabin secara keseluruhannya lebih istimewa berbanding Camry dan Accord.

Hyundai Sonata 2020 serba baru – Apa bezanya dengan Toyota Camry dan Honda Accord? 26

Perkara ini jelas terlihat dari suasana ruang dalamannya seperti kemasan dwi-tona, penggunaan material mahal dan tombol gear ‘shift-by-wire’nya yang unik. Nak tahu lebih lanjut tentang Sonata? Nantikan rebiu kami yang akan menyusul tak lama lagi!

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

tradeInTool.upto20

2017 Hyundai Sonata 2.0 Elegance

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru