window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888!

Zamil Syaheer Β· Oct 30, 2020 04:00 PM

 

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hanya satu varian sahaja yang akan dijual disini, dan harga bermula pada RM 189,888 tanpa SST sehingga 31hb Disember 2020. Sedan segmen D ini bersaing dengan Honda Accord dan Toyota Camry.

Apakah kelengkapan yang ada pada Hyundai Sonata 2020?

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 01

Hyundai Sonata serba haru ini sebenarnya adalah versi pandu kanan pertama yang membuat debut di Malaysia. Kita adalah pasaran pandu kanan pertama untuk menerima Sonata generasi DN8, lebih awal dari Australia.

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 02

Di bahagian eksterior, Hyundai Sonata serba baharu mendapat lampu LED di depan termasuklah LED DRL dan lampu belakang LED. Reka bentuk Sonata baharu ini amat unik berbanding sebelumnya, membuatkannya sangat menonjol. Sonata juga adalah sedan pertama yang direka bentuk dengan Bahasa rekaan 'Sensuous Sportiness'.

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 03

Malah, reka bentuk Sonata ini diinspirasikan daripada kereta konsep Le Fil Rouge yang dipamerkan pada Pameran Kereta Geneva.

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 04

Hyundai Sonata serba baharu ini dilengkapi dengan kelengkapan seperti paparan heads-up, kluster instrumen digital 12.3 inci, paparan infotainmen 8.0 inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay, dan pengecas tanpa wayar Qi.

Trenkuasa

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 05

Hyundai Sonata dikuasakan oleh enjin 2.5 liter SmartStream G2.5 MPI aspirasi natural yang menghasilkan 180 PS dan 232 Nm tork. Gabungan ini dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan yang menghantar kuasa ke roda depan.

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 06

Bercakap tentang transmisi automatik, Sonata menggunakan butang dan bukannya tombol gear. Hyundai memanggilnya Electronic Shift Button dan ia menggunakan teknologi shift-by-wire.

Kelengkapan keselamatan

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 07

Hyundai Sonata serba baharu ini dilengkapi dengan 6 beg udara dan kamera 360 darjah yang dipanggil Surround View Monitor. Sayangnya, tiada sistem bantuan pemanduan ADAS. Namun begitu, ia dilengkapi dengan monitor titik buta yang berfungsi seperti LaneWatch dari Honda.

Bezanya dengan LaneWatch adalah paparan video untuk monitor titik buta ini dipaparkan pada meter kluster instrumen digital. Dan bukannya pada skrin infotainmen. Ini memberikan paparan yang lebih langsung kepada pemandu.

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 08

Terdapat 6 warna yang ditawarkan iaitu White Cream, Shimmering Silver, Nocturne Grey, Oxford Blue, Midnight Black, dan Flame Red.

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 09

Pilihan warna interior berbeza mengikut pilihan warna eksterior, seperti berikut:

  • Oxford Blue dan Flame, kemasan kulit hitam
  • Shimmering Silver, kemasan kulit dwi-tona
  • White Cream, Norturne Grey dan Midnight Black, kemasan kulit dwi-tona ‘Camel’

Hyundai Sonata 2.5 MPI 2020 serba baharu dilancarkan di Malaysia, harga RM 189,888! 10

Ia juga hadir dengan waranti 5 tahun atau 300,000 km (mana satu yang tiba dahulu), dan anda boleh melihatnya di bilik pameran Hyundai seluruh Malaysia.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Hyundai Sonata 2.5 Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda