Hyundai Sonata serba baru diacah sebelah crossover Kona, bakal tiba di Malaysia?
Zamil Syaheer Β· Sep 4, 2020 12:30 PM
0
0
Dalam satu imej acahHyundai Kona yang di muat naik oleh Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM), ada penampakkan sebuah sedan yang menarik di belakangnya, iaitu Hyundai Sonata serba baru.
Nampaknya HSDM ingin memberi saingan di dalam sedan segmen D juga!
Sonata versi pandu kiri.
Penampakan model Hyundai Sonata baharu pernah kami temui tahun lepas, tetapi ia milik Hyundai Motor Company (HMC) yang tidak ada kaitan dengan HSDM.
Ini kerana HMC mengendalikan operasi Hyundai Training Academy di Mutiara Damansara. Akademi tersebut memiliki pelbagai model Hyundai bukan untuk pasaran Malaysia.
Kami tidak pasti apakah trenkuasa yang bakal hadir pada Hyundai Sonata untuk pasaran Malaysia. Di pasaran global, Sonata datang dengan berbagai jenis trenkuasa Smartstream termasuklah enjin 1.6 liter petrol bercas turbo.
Pilihan transmisi 6 atau 8 kelajuan automatik ditawarkan.
Hyundai Sonata versi Amerika Utara.
Kali terakhir model Hyundai Sonata yang dijual di Malaysia ialah daripada generasi LF sebelum facelift. Model facelift LF tidak pernah ditawarkan di Malaysia.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.