Hyundai Stargazer dipatenkan, MPV 7 tempat duduk ini ingin 'tapau' Avanza, BR-V, dan Xpander!
Zamil Syaheer Β· Jul 14, 2021 08:00 PM
0
0
Segmen MPV tujuh tempat duduk di Indonesia adalah segmen yang sangat menguntungkan. Kali ini, Hyundai pun ingin mencuba nasib mereka di sana.
Pada masa ini, pembeli Indonesia dimanjakan dengan pilihan ketika membeli MPV tujuh tempat duduk seperti Daihatsu Xenia, Toyota Avanza, Honda Mobilio, Mitsubishi Xpander, dan Suzuki Ertiga.
Menurut rakan sekerja kami di Autofun Indonesia, Hyundai Motor Company baru-baru ini mempatenkan nama Stargazer dengan Hak Kekayaan Intelektual (HAKI, serupa dengan MyIPO di Malaysia). Ini memberi sedikit petunjuk bahawa nama baru itu dapat digunakan pada MPV Hyundai ini.
OtoDriver melaporkan bahawa Stargazer akan menggunakan enjin petrol 1.5 liter aspirasi semula jadi yang menghasilkan 115 PS dan 144 Nm, dipadankan dengan jenis CVT automatik.
Hyundai Stargazer yang akan datang ini bakal debut di Indonesia sebelum memasuki rantau ini. Pengeluaran Hyundai Stargazer mungkin akan dipasang di kilang baru Hyundai di Cikarang.
Tambahan pula, Honda juga sedang menyiapkan Honda BR-Vgenerasi seterusnya dan Mitsubishi pula sedang mengembangkan Mitsubishi Xpander elektrik. 2022 akan menjadi tahun kebangkitan MPV.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.