window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex!

Haris Β· Oct 5, 2022 11:30 AM

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 01

Hyundai Sime Darby Motors kini tampil dengan pilihan Hyundai Staria 10-penumpang yang mempunyai jumlah bilangan kerusi terbanyak dalam penawaran produknya. MPV segmen-D ini merupakan keseinambungan daripada model Hyundai Staria 7-penumpang yang dipasarkan lebih premium.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 02

3 varian yang ditawarkan oleh Hyundai Staria 10-penumpang adalah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

  • Staria 2.2 Lite - RM 179,888
  • Staria 2.2 Plus - RM 196,888
  • Staria 2.2 Max - RM 209,888

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 01

Staria 2.2 Lite

Jika anda perasan, model 7-penumpang jauh lebih mahal (RM 366,768) dan ini adalah disebabkan oleh struktur cukai Malaysia yang bijak: Kenderaan 10-penumpang diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial justeru melayakkan kadar cukai yang lebih rendah.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 02

Pilihan rangkaian kuasa hanya satu untuk pasaran Malaysia iaitu 4-silinder sebaris 2.2 liter turbodiesel CRDi yang tidak kurang hebatnya, menghasilkan sehingga 177 PS dan 431 Nm tork. Pilihan enjin diesel ini juga dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan jenis shift by wire.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 03

Ya, 2 kerusi di hadapan dengan sedikit tambahan

Umum mengetahui bahawa rekaan Hyundai Staria 10-penumpang diilhamkan oleh kapal angkasa. Bagi model 10-penumpang ini, tiada perubahan besar di bahagian luar dan ia masih mengekalkan rekaan dan perincian yang sama pada model 7-penumpang. Susun atur penumpang dari depan adalah 2-3-2-3 kerusi.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 04

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 05

Kerusi baris ketiga adalah Captain Seat

Sebagai MPV 10-penumpang paling mampu milik, Hyundai Staria 10-penumpang mendapat lampu depan LED penuh, rim 17-inci, lampu belakang dan lampu kabus jenis mentol serta upholsteri fabrik hitam.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 06

Upholsteri fabrik pada Staria 2.2 Lite

Tiada pemanasan dan pengudaraan untuk tempat duduk, mahupun pelarasan tempat duduk elektrik, tetapi baris 2, 3 dan 4 boleh dilipat rata sepenuhnya - berkapasiti 1,024 liter dalam susun atur maksimum. Perincian ini sangat berguna untuk membawa kargo di sebalik pintu gelangsar manualnya.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 07

Juga hadir dengan ruang meletak barang di sebelah kluster meter

Kelompok instrumen digital ialah unit asas 4.2-inci, pelarasan penyaman udara manual, dan unit kepala infotainmen skrin sesentuh 8-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay nirwayar. Unit infotainmen ini standard pada semua varian Hyundai Staria 10-penumpang.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 08

Lampu parametrik berada di sebalik perumah kaca

Varian Plus dan Max menambah lampu belakang LED, lampu kabus belakang LED, tempat duduk separa kulit Nappa untuk varian Plus, kulit Nappa penuh untuk Max di mana varian Max menambah pelarasan tempat duduk pemandu elektrik sokongan lumbar 8-hala + 4-hala.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 09

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 10

Kamera dan radar menandakan varian teratas, varian rendah tidak mempunyai perincian ini

Kelompok instrumen digital 10.25-inci adalah standard pada varian di atas Plus, dan Max mendapat penyaman udara automatik dwi-zon. Kiraan pembesar suara meningkat kepada 6 pada Max (hanya 4 pada Lite dan Plus), dan ia juga menambah Hyundai Smart Key yang membolehkan membuka pintu gelangsar dan pintu belakang dibuka hanya menggunakan sentuhan butang.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 11

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 12

Perspektif jarak kelegaan tanah dengan penumpang masuk

Dari segi keselamatan standard, Hyundai Staria 10-penumpang mendapat 6 beg udara (pemandu, penumpang depan dan sisi), serta ABS dengan EBD, VSM, TCS dan ESC. 3 titik pautan ISOFIX pada baris kedua juga adalah standard.

Keselamatan aktif (ADAS) hanya tersedia pada varian Max, merangkumi ciri ini:

  • Blind Spot Collision Assist (BCA)
  • Rear cross-traffic collision assist (RCCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 13

Pilihan warna luaran terdiri daripada Moonlight Blue Pearl (eksklusif untuk Max), manakala Creamy White, Graphite Grey Metallic, Abyss Black Pearl dan Shimmering Silver Metallic ditawarkan standard pada dua varian lain.

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 14

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 15

HSDM turut menawarkan penambahan aksesori pemijak sisi (standard atau elektronik, dengan jalur lampu alu-aluan), sistem infotainment baris belakang dan naik taraf upholsteri kepada kulit Alcantara.

Hyundai Staria akan menggantikan Hyundai Grand Starex sebagai MPV terbaru dari Hyundai dan keputusan ini sangat dialu-alukan. Perbandingan saiz antara Staria dan Starex adalah seperti berikut:

2021 Hyundai Staria vs Hyundai Starex
Model/Dimensi Hyundai Staria Hyundai Starex
Panjang (mm) 5,253 (+84) 5,169
Lebar (mm) 1,997 (+77) 1,920
Tinggi (mm) 1,990 (+65) 1,925
Jarak Roda (mm) 3,273 (+73) 3,200

Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex! 16

Hyundai Sime Darby Malaysia (HSDM) memberi jaminan waranti 2 tahun/50,000 km bagi Hyundai Staria 10-penumpang ini. Pembeli juga mempunyai pilihan untuk menambah pakej jaminan dengan harga RM 10,000 yang merangkumi 5 tahun/300,00 km dengan 3 tahun/50,000km servis percuma.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Hyundai Staria 10-seater Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda