window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan!

Haris · Nov 7, 2022 10:00 AM

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan! 01

Hyundai Staria 10-penumpang tampil sebagai pengganti model MPV Hyundai Starex bersaiz mega dan nampaknya ia tidak mengecewakan. Hyundai-Sime Darby Motor Sdn Bhd (HSDM) telah mengesahkan bahawa model terbarunya itu kini telah terjual melebihi 200 unit dalam masa sebulan selepas pelancaran.

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan! 02

Anggun, luas, inovatif dan menarik perhatian, Hyundai Staria sangat sesuai untuk keluarga besar yang mahukan perjalanan kelas pertama ataupun para eksekutif korporat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex!

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan! 01

MPV ini juga tidak begitu asas dengan memuatkan ciri suite keselamatan Hyundai SmartSense termaju yang terdiri antaranya daripada:

  • Forward Collision-Avoidance Assist
  • Lane Keeping Assist
  • Safe Exit Assist
  • Lane Following Assist
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan! 02

Kemudahan penumpang juga hadir dalam bentuk pintu gelangsar kuasa pintar, pintu belakang kuasa pintar, port pengecasan, tempat duduk boleh dilipat dengan fungsi gelongsor sepenuhnya, Android Auto/Apple CarPlay nirwayar, soket USB untuk semua tempat duduk dan warna tingkap 3M untuk memastikan ia nya bukan sahaja kelihatan futuristik tetapi turut sarat dengan kelengkapan moden.

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan! 03

“Dengan lebih 200 unit terjual sejak dilancarkan pada awal Oktober, kami menggalakkan agar orang ramai Malaysia mengiktiraf ciri-ciri Hyundai Staria 10 tempat duduk sebagai MPV dinamik yang menawarkan yang terbaik dari kedua-dua dunia, dari segi praktikal dan prestasi.

"Kami menjangkakan permintaan hanya akan terus meningkat pada baki bulan sehingga ke tahun baharu,” kata Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia.

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan! 04

“Memandangkan bekalan yang terhad dan dengan kumpulan penghantaran seterusnya disasarkan pada awal tahun 2023, sekarang adalah masa terbaik untuk peminat MPV untuk mengunci pesanan mereka sementara stok masih ada,” tampah Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM dengan lebih terperinci.

Baca: Tempahan untuk Ioniq 5 dan Hyundai Kona Electric di Malaysia melebihi peruntukan, HSDM bakal tambah lagi!

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan! 05

3 varian ditawarkan untuk Hyundai Staria 10-penumpang pada harga bermula daripada RM 179,888 hingga RM 209,888.

Sebagai konteks, model 7-penumpang jauh lebih mahal (RM 366,768) dan ini adalah disebabkan oleh struktur cukai Malaysia yang bijak: Kenderaan 10-penumpang diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial justeru melayakkan kadar cukai yang lebih rendah.

Hyundai Staria 10-penumpang paling laris, lebih 200 unit terjual lepas sebulan dilancarkan! 06

Maka tidak hairanlah jika Hyundai Staria 10-penumpang bakal menjadi model terlaris Hyundai Sime Darby Malaysia di masa akan datang. Malah, saiz Hyundai Staria 10-penumpang ini adalah lebih besar berbanding Hyundai Grand Starex yang digantikannya.

Baca: MPV Hyundai Stargazer 2022 terdedah - adik Staria yang akan bersaing dengan Alza & Veloz

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Staria 10-seater Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda