window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai sudahpun menjual hampir 200 unit EV di Malaysia, siap bawa pemilik pergi bercuti di Avani Sepang

Zamil Syaheer Β· Jul 23, 2022 12:00 PM

Hyundai sudahpun menjual hampir 200 unit EV di Malaysia, siap bawa pemilik pergi bercuti di Avani Sepang 01

Dengan hampir 200 unit EV diserahkan kepada pelanggan, Hyundai ingin meraikan kejayaan ini bersama mereka.

Baru-baru ini, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) membawa 25 pemilik yang terdiri daripada Ioniq 5 dan Kona Electric ke percutian hujung minggu di Avani Sepang Goldcoast Resort sebagai tanda penghargaan kerana meletakkan kepercayaan mereka terhadap EV Hyundai.

Hyundai sudahpun menjual hampir 200 unit EV di Malaysia, siap bawa pemilik pergi bercuti di Avani Sepang 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Acara dimulakan dengan sarapan pagi serta taklimat keselamatan sebelum berlepas dari bilik pameran Hyundai yang terletak di Sime Darby Motors City. Konvoi memulakan perjalanan ke resort melalui Bagan Lalang.

“Kami telah menyerahkan hampir 200 unit EV sejak pelancaran Kona Electric lewat tahun lalu dan pelancaran Ioniq 5 pada Mac tahun ini. Kami amat menghargai kesabaran dan kefahaman pelanggan ketika kami mengharungi banyak ujian dan kesukaran yang ditimbulkan oleh isu kekurangan cip,” kata Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM.

Hyundai sudahpun menjual hampir 200 unit EV di Malaysia, siap bawa pemilik pergi bercuti di Avani Sepang 01

“Percutian ini adalah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pelanggan kami atas sokongan mereka dan untuk membolehkan pemilik EV kami menjalin rangkaian, mengenali antara satu sama lain serta berkongsi pengalaman pemilikan EV mereka,” tambahnya.

Semua pemilik EV yang datang bersama ahli keluarga mereka pada percutian ini berkata mereka menikmati pengalaman pemanduan dan masa yang dihabiskan untuk bertukar-tukar pengetahuan dan petua dengan rakan pemilik EV.

Hyundai sudahpun menjual hampir 200 unit EV di Malaysia, siap bawa pemilik pergi bercuti di Avani Sepang 02

Asari Ramli, pemilik Ioniq 5 Plus yang bangga, berkata dia menikmati acara ini di mana pemilik dapat berkongsi pendapat mereka tentang keupayaan pemanduan EV Hyundai.

“Acara ini dianjurkan dengan amat baik. Ia merupakan acara interaktif pertama yang saya hadiri dan platform yang baik untuk pemilik berkongsi pengetahuan dan petua terutama mengenai ciri keselamatan kenderaan Hyundai yang hebat,” katanya.

Baca juga: 11 pembeli awal Hyundai Ioniq 5 boleh tersenyum gembira kerana penghantaran rasmi sudah bermula

Acara ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan ‘geared for distinction’ bagi memastikan pelanggan menikmati definisi baru kemewahan.

Baca juga: Rebiu: 2022 Hyundai Kona Electric e-Plus - Dah tiba masa kita beralih ke kenderaan elektrik (EV)?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Ioniq 5 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda