Liputan Wapcar.my mengenai berita penutupan ibu pejabat Hyundai Asia Pasifik di Malaysia mendapat perhatian yang hangat justeru dikaitkan dengan kelemahan ekonomi Malaysia. Walaubagaimanapun, gambaran mengenai ekonomi tersebut kurang tepat.
Liputan Wapcar.my mengenai berita penutupan ibu pejabat Hyundai Asia Pasifik di Malaysia mendapat perhatian yang hangat justeru dikaitkan dengan kelemahan ekonomi Malaysia. Walaubagaimanapun, gambaran mengenai ekonomi tersebut kurang tepat.
Malah, pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat masing-masing mengenai isu pelaburan asing yang dilihat memilih Indonesia dan Thailand sebagai rakan strategik. Malaysia pula digembar-gemburkan sebagai ‘Sick Man of Asia’, merujuk kepada pertumbuhan ekonomi yang meruncing, di samping konflik ekonomi dan politik dalaman.
Oleh yang demikian, Malaysia Investment Development Authority (MIDA) tampil mengeluarkan kenyataan untuk membidas tohmahan ini.
Menurut MIDA, laporan UNCTAD yang perlu dilihat secara lebih menyeluruh. Laporan UNCTAD mendapati bahawa keseluruhan rantau Asia Tenggara mencatatkan pengurangan FDI (pelaburan asing) sebanyak 31% secara kumulatif.
Hal ini bermakna bukan Malaysia sahaja negara yang terkesan dengan penurunan pelaburan asing.
Jenama automotif Hyundai yang memindahkan ibu pejabat Hyundai Asia Pasifik di Malaysia ke Indonesia adalah disebabkan kilang pemasangan Hyundai yang baru dibina di sana. Permintaan domestik yang lemah juga turut menjadi alasan pemindahan tersebut.
Malaysia dilihat terlepas peluang dalam bidang automotif apabila Tesla, Hyundai, LG Chem dan CATL dilihat melabur ke Indonesia. Balas MIDA, hal ini tidak berkait rapat dengan faktor ekonomi malah ia lebih kepada faktor hasil bumi yang memberi kelebihan kepada Indonesia.
MIDA mahu Malaysia diposisikan sebagai hub pengeluaran bernilai tinggi berbanding rakan senegara ASEAN yang sekadar menawarkan tenaga buruh yang rendah.
Contoh yang jelas adalah pengeluaran cip semikonduktor. Cip semikonduktor adalah antara komponen yang sangat penting dalam sesebuah kenderaan apatah lagi dalam pembangunan kenderaan elektrik dan hibrid.
Baca: Kekurangan bekalan semikonduktor global
Selain itu, pelaburan ke negara-negara jiran tidak sepatutnya dilihat sebagai suatu perkara yang negatif. Kesan limpahan ekonomi (economic spillover) daripada pelaburan tersebut pastinya akan dirasai oleh Malaysia.
Baca: SK Nexilis, pengeluar bateri kereta elektrik buka kilang di Sabah
Tambah MIDA lagi, tohmahan yang mendakwa pelaburan asing yang lemah ke Malaysia kurang tepat. Malaysia tidak mahu lagi menjadi negara di mana hasil bumi diambil sambil menyediakan buruh kos rendah. Malaysia mensasarkan peningkatan produktiviti dalam sektor yang lebih bernilai tinggi.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2023 Toyota Yaris 1.5E
Upgrade
Add your car