window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ibu maut akibat Toyota Estima gagal memotong, rempuh Ford Ranger

Mersita ยท Sep 20, 2021 05:30 PM

Ibu maut akibat Toyota Estima gagal memotong, rempuh Ford Ranger 01

Sepasang suami isteri bersama anak berusia lima bulan yang menaiki sebuah Ford Ranger terlibat dalam satu kemalangan akibat dirempuh sebuah Toyota Estima di KM 380.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil semalam, membunuh si ibu yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan trak pikap berkenaan.

Ibu maut akibat Toyota Estima gagal memotong, rempuh Ford Ranger 02

Menurut laporan K! Online, kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 10.15 pagi itu mengakibatkan Nurshahyda Mohd. Zaki (29) meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala susulan rempuhan tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ibu maut akibat Toyota Estima gagal memotong, rempuh Ford Ranger 01

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, wanita berkenaan bersama suaminya, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam (29), dan anak mereka, Nur Ammara Safiyya (5 bulan), sedang dalam perjalanan dari rumah di Kampung Saujana, Setiu menghala ke rumah ibunya di Kampung Tanjung Pagar, Dungun.

Ibu maut akibat Toyota Estima gagal memotong, rempuh Ford Ranger 02

Mohd. Adli berkata Toyota Estima yang merempuh Ford Ranger dinaiki mangsa ketika kejadian dikatakan cuba untuk memotong kenderaan mangsa sebelum hilang kawalan lalu terbabas. Estima yang dipandu remaja berusia 19 tahun itu kemudiannya merempuh bahagian sisi trak pikap itu di sebelah kiri.

Ibu maut akibat Toyota Estima gagal memotong, rempuh Ford Ranger 03

Nurshahyda yang menerima impak paling besar dari rempuhan itu mengalami cedera parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia, manakala suami serta anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu di sini untuk dibedah siasat,” katanya.

Sumber gambar: Facebook

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda