Iklan Perodua Alza 2022 D27A terkini - tayang EPB, brake hold & central locking mudah akses!
Faisal · Jun 27, 2022 11:30 AM
0
0
Perodua nampak tidak henti-henti mengeluarkan iklan Alza 2022 dan baru sebentar tadi, mereka mendedahkan beberapa lagi ciri yang didatangkan kali pertama buat Perodua. Apa yang dimaksudkan ialah sistem brek parkir elektrik (EPB) dan brake hold.
Bagi anda yang belum tahu, brake hold berfungsi dengan memegang tekanan brek, contohnya sewaktu berhenti di lampu isyarat merah. Kiranya, mereka tidak perlu lagi menahan pedal brek. Jadi, kaki pemandu tidaklah bekerja lebih sangat.
Begitu juga dengan EPB yang mana pemandu tidak lagi perlu menekan pedal brek parkir di bahagian kaki. Apa yang mereka perlu buat hanyalah mengaktifkan suisnya di konsol tengah.
Bercakap mengenai suis, iklan kali ini turut mendedahkan butang central locking yang terletak pada bahagian tengah supaya penumpang juga boleh mendapat akses yang mudah.
Lain macam kan Perodua Alza 2022? Jadi, teruskan ikuti perkembangan dari kami.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.