window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat?

Haris · Jun 13, 2021 11:59 AM

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 01

Toyota Unser selalunya dikaitkan sebagai MPV pertama yang popular di Malaysia ketika memulakan debut Malaysia pada tahun 1998. Sebelum ketibaan Unser, satu-satunya kenderaan 7 penumpang mampu milik di pasaran adalah van seperti Nissan Vanette dan Toyota Liteace.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 02

Terdapat beberapa MPV yang dijual dalam pasaran ketika itu tetapi kebanyakannya terlalu mahal untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana. Namun ketika Toyota Unser tiba, impian untuk memiliki kenderaan pelbagai guna yang berpatutan kini boleh dicapai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 01

Toyota Unser pada asasnya adalah generasi pertama dan satu-satunya model Toyota Kijang yang dijual di Malaysia. Kini, Toyota menyimpan nama Kijang pada model Innova di Indonesia.

Berdasarkan Toyota Kijang generasi keempat, Unser dilengkapi dengan kelengkapan yang lebih mewah untuk disesuaikan dengan pembeli Malaysia. Namun ini bukanlah suatu langkah yang baik ketika itu kerana negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 02

Pada awalnya, Toyota Unser diperkenalkan dengan pilihan enjin petrol 1.8 liter dan diesel 2.4 liter. Kedua-dua enjin ini dipasangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Kemudian pada tahun 2000, ketika ekonomi semakin pulih, model facelift diperkenalkan dan transmisi automatik ditambahkan ke varian petrol.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 03

Antara titik jualan utama Toyota Unser adalah keluasannya. Ia dilengkapi dengan 8 tempat duduk sebagai standard, di mana ciri ini lebih sinonim dengan van. Ketika itu, mereka yang berkeluarga besar dan marhaen terpaksa menggunakan van sahaja sebagai mod pengangkutan utama.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 04

Tetapi menjual kereta hanya kerana ia luas bukan semudah yang disangka. Oleh yang demikian, kreativiti dan iklan yang dikendalikan oleh Saatchi & Saatchi Malaysia untuk Toyota Malaysia ketika itu sangat penting. Malah, ia masih terkesan hingga ke hari ini.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 05

Selain daripada menghasilkan beberapa iklan cetak yang kelakar berkisar keluasan kabin dalaman Unser, media iklan daripada Saatchi ternyata yang paling berkesan. Dua iklan tersebut benar-benar menonjol dan kedua-duanya diilhamkan dari filem Asia yang ikonik.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 06

Iklan pertama digelar "The Chase" berdurasi 60 saat dan mungkin filem 60 saat terbaik yang pernah dibuat. Ia mirip dengan iklan klasik Volkswagen pada tahun 1990-an. Iklan itu bermula dengan seorang pemuda yang sedang menunggu lif ketika melihat seorang samseng mengejar protagonis kita.

Adegan kejar mengejar pun berlaku antara protagonis dan samseng. Kesemuanya memuncak pada saat-saat akhir ketika kedua-dua lelaki itu menemui Unser yang tidak berkunci. Beberapa saat kemudian, samseng tersebut menghubungi bosnya untuk melaporkan bahawa dia telah kehilangan hero di dalam sebuah Unser.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 07

Ia mempunyai ketegangan, aksi dan kelainan. Bukan kita sahaja yang menggemarinya, iklan ini juga turut memenangi hati juri Anugerah Kancil Emas di Anugerah Kancil 2001 - badan yang mengiktiraf iklan terbaik di Malaysia.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 08

Pada tahun 2003, UMW Toyota memberikan nafas baharu kepada Toyota Unser dan memperkemas varian dengan hanya unit petrol sahaja. Ia hanya mempunyai dua varian, GLi dan LGX. LGX menjadi varian teratas Unser dan sangat dikenali berdasarkan warna badan bahagian bawah kelabu.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 09

Sama seperti model facelift pertama, Toyota Unser juga mempunyai beberapa iklan yang tidak dapat dilupakan dan ini turut diulang dalam iklan TV nya. Kali ini, inspirasi iklan lebih bersifat tempatan, membangkitkan filem klasik hitam putih dari era P. Ramlee.

Iklan ini lebih lama kali ini iaitu sekitar 3 minit tetapi ia merupakan penghormatan yang paling sesuai untuk filem terakhir P. Ramlee sebelum kematian beliau iaitu Laksamana Do Re Mi.

Iklan ini menampilkan humor yang sama dengan filem klasik Melayu tersebut dan sekali lagi, Toyota Unser muncul di penghujung cerita.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 10

Iklan Toyota Unser kedua ini tidak merangkul sebarang anugerah Kancil Awards pada tahun berikutnya. Namun, ia mengingatkan pada kenangan zaman kegemilangan filem Melayu dengan tanggapan bahawa anda boleh memuatkan satu kampung ke dalam Toyota Unser.

Iklan Toyota Unser dulu-dulu ni memang ikonik, siapa masih ingat? 11

Akhirnya, Toyota Unser dihentikan jualan dan kehadiran Toyota Avanza yang lebih kecil, lebih murah tapi masih sama luas pula mengecapi populariti baharu. Toyota Unser kemudian digantikan oleh Innova yang berjaya mengekalkan legasi dan populariti MPV Toyota. Namun iklan kini tak lagi seperti iklan zaman dahulu.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda