window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej acah Toyota Corolla Cross 2020, debut global pada 9 Julai

Mersita · Jul 7, 2020 09:48 AM

Imej acah Toyota Corolla Cross 2020, debut global pada 9 Julai 01

Pada bulan Mac yang lepas, kami telah melaporkan yang Toyota akan memperkenalkan Toyota Corolla Cross, model serba baru yang diposisikan dibawah Toyota C-HR.

Imej acah Toyota Corolla Cross 2020, debut global pada 9 Julai 02

Satu imej acah daripada Toyota Thailand telah menyatakan yang crossover baru tersebut akan membuat debut globalnya pada 9 Julai, iaitu hari Khamis nanti.

Imej acah Toyota Corolla Cross 2020, debut global pada 9 Julai 03

Walaupun Toyota Corolla Cross menggunakan nama Corolla, ia bukanlah versi Corolla hatchback yang dipertingkatkan (dijual di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Jepun).

Imej acah Toyota Corolla Cross 2020, debut global pada 9 Julai 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ya, ia akan dibina di atas platform TNGA-C (seperti Corolla hatchback dan C-HR). Ia akan diberi suspension belakang ‘torsion beam’ selain daripada suspension belakang ‘double wishbone’ seperti Corolla.

Imej acah Toyota Corolla Cross 2020, debut global pada 9 Julai 01

Toyota C-HR

Bertukar ke suspension ‘torsion beam’ mungkin tampak seperti langkah terbalik (Corolla Altis beralih daripada ‘torsion beam’ ke ‘double wishbone’), tetapi memasang ‘torsion beam’ membolehkan Corolla Cross untuk dijual dengan harga yang lebih murah berbanding C-HR, dan juga menjimatkan ruang.

Imej acah Toyota Corolla Cross 2020, debut global pada 9 Julai 02

Di Thailand, Corolla Cross dijangka untuk meniru tren kuasa Toyota C-HR, termasuk enjin petrol 2ZR-FBE 1.8 liter dengan 4 silinder (140 PS, 171 Nm) serta enjin hibrid elektrik-petrol 2ZR-FXE 1.8 liter (122 PS hasil daripada penggabungan sistem).

Apabila model yang akan datang ini dilancarkan, ia akan bersaing dengan model-model lain yang popular dalam segmen ini seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, dan juga Nissan Kicks.

Bagaimana dengan Malaysia?

Imej acah Toyota Corolla Cross 2020, debut global pada 9 Julai 03

Untuk Malaysia pula, ada peluang cerah untuk Corolla Cross dipasang secara lokal (CKD) di kilang baru UMW Toyota Motor di Bukit Raja. Buat masa sekarang, kilang baru tersebut hanya membuat Toyota Vios dan Toyota Yaris.

Yang pastinya, Toyota tidak akan melabur dalam kilang yang berkapasiti 50,000 unit setahun hanya untuk membuat dua model Segmen B, bukan?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda