window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej BMW Motorrad uji R1300 GS tertiris. Apa yang berubah?

Khairil ยท Jul 2, 2021 05:00 PM

Imej BMW Motorrad uji R1300 GS tertiris. Apa yang berubah? 01

Bukan lagi rahsia BMW Motorrad ketika ini sedang menguji model terbaharu yang bakal menggantikan motosikal 'touring' super popularnya, BMW R1250 GS.

Selepas laporan mengenai fail patennya didedahkan sebelum ini, baru-baru ini tular pula imej sebuah model dipercayai prototaip BMW R1300 GS di fasiliti latihan BMW di Enduro Park Hechlingen, Jerman.

Juga baca: BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Imej BMW Motorrad uji R1300 GS tertiris. Apa yang berubah? 01

Sebagai permulaan, mengapa model baharu itu dipercayai sebagai R1300GS? Ia adalah berdasarkan laporan BMW memfailkan paten yang tertiris iaitu M1300GS pada 2019.

Justeru, perkembangan berkenaan turut menyaksikan sesaran enjinnya dikatakan meningkat dan ia dikuatkan dengan imej prototaip berkenaan.

Imej BMW Motorrad uji R1300 GS tertiris. Apa yang berubah? 02

Sekalipun motosikal yang diuji itu sarat dengan penutup dan pelekat untuk melindungi maklumat mengenai spesifikasi dan ciri-ciri terbaharunya, ia begitupun turut mendedahkan pelbagai informasi, mengikut laporan media Barat.

Dan antara bukti yang menyatakan sesaran enjinnya meningkat adalah bahagian enjinnya ditutup serta penggunaan radiator yang lebih besar.

Juga baca: BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh!

Imej BMW Motorrad uji R1300 GS tertiris. Apa yang berubah? 03

Disebabkan kepala silinder turut ditutup, ia turut memberi petanda model generasi terbaharu motosikal touring BMW itu tidak lagi menggunakan sistem penyejuk gabungan cecair dan udara, namun cecair sepenuhnya.

Antara yang ingin dirahsiakan juga adalah corak 'sub frame' motosikal berkenaan. Dan untuk itu, R1300 GS dijangka akan menggunakan pelbagai komponen yang berbeza berbanding model sedia ada.

Imej BMW Motorrad uji R1300 GS tertiris. Apa yang berubah? 04

Selain itu, antara perubahan yang dapat dilihat adalah sistem ekzosnya yang juga mengalami perubahan dengan saiznya sedikit kecil. Ia mungkin untuk mematuhi piawaian emisi Euro Euro 5 terbaharu namun ia boleh berubah.

Imej BMW Motorrad uji R1300 GS tertiris. Apa yang berubah? 05

Dari sudut reka bentuk, sekalipun ia tampak agak kompak berbanding R1250GS, ia dijangka akan mengalami banyak perubahan berbanding dengan model yang sedang diuji tetapi secara asasnya, ia pasti akan meneruskan imej GS sedia ada.

Imej BMW Motorrad uji R1300 GS tertiris. Apa yang berubah? 06

BMW R1250GS

Untuk persoalan sama ada model ini akan berada di pasaran dalam tempoh terdekat atau setidak-tidaknya tahun hadapan, ramai yang menyatakan ia hanya akan dilancarkan pada 2023, berdasarkan informasi sedia ada.

Sumber: Motorcycle.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda