window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Imej Smart #3 tertiris, jaga-jaga EV ini mungkin menyusul ke Malaysia melalui Pro-NET?

Haris ยท Nov 22, 2022 09:00 AM

Imej Smart #3 tertiris, jaga-jaga EV ini mungkin menyusul ke Malaysia melalui Pro-NET? 01

Jenama kereta elektrik (EV) Smart yang terhasil di bawah usaha sama Mercedes-Benz dengan Geely dijangka akan memperkenalkan model baharu di pasaran global tak lama lagi. Selepas tampil dengan Smart #1, model kedua yang bakal menyusul adalah Smart #3 dipanggil dengan sebutan hashtag three.

Imej Smart #3 tertiris, jaga-jaga EV ini mungkin menyusul ke Malaysia melalui Pro-NET? 02

Menurut dokumen daripada Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat (Ministry of Industry and Information Technology) yang setaraf dengan JPJ di China, Smart #3 berukuran 4,400 mm panjang, 1,844 mm lebar, dan 1,556 mm tinggi, dengan jarak roda 2,785 mm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kementerian ini memeriksa homologasi kenderaan baharu di sana sekaligus mengesahkan kehadiran Smart #3.

Imej Smart #3 tertiris, jaga-jaga EV ini mungkin menyusul ke Malaysia melalui Pro-NET? 01

Sebagai konteks, Smart #1 berukuran 4,270 mm panjang, 1,822 mm lebar dan 1,636 mm tinggi dengan jarak roda yang terbentang pada 2,750 mm. Smart #1 bersaing dengan SUV elektrik lain seperti BYD Atto 3 dan MG4.

Baca: MG4 terjual sehingga 1.6k unit dalam masa 8 jam, walaupun tiada harga yang didedahkan!

Imej Smart #3 tertiris, jaga-jaga EV ini mungkin menyusul ke Malaysia melalui Pro-NET? 02

Berbalik kepada Smart #3, ia disokong oleh platform EV SEA milik Geely yang sangat fleksibel dan dilaporkan mempunyai rangkaian kuasa yang sama seperti Smart #1, dengan varian pacuan roda belakang yang menghasilkan 272 PS/343 Nm.

Imej Smart #3 tertiris, jaga-jaga EV ini mungkin menyusul ke Malaysia melalui Pro-NET? 03

Menariknya, satu spesifikasi trenkuasa peringkat permulaan baharu juga dikhabarkan akan ditawarkan. Butiran lanjut tentang kapasiti bateri, jarak gerak dan keupayaan pengecasan belum disahkan.

Di samping itu, masih tiada foto bahagian dalaman bagi Smart #3 walaupun ia dijangka menyerupai Smart #1 dengan lebih banyak ruang dan praktikaliti.

Imej Smart #3 tertiris, jaga-jaga EV ini mungkin menyusul ke Malaysia melalui Pro-NET? 04

Smart pernah menekankan komitmen mereka untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 1 model baharu setiap tahun dari 2022 hingga 2024.

Smart #1 akan dilancarkan di Malaysia dan Thailand pada suku akhir 2023. Smart #3 pula dijangka akan menjadi model yang akan ditawarkan di Malaysia selepas kehadiran Smart #1 nanti.

Baca: Proton bakal jadi pusat strategi Smart EV di ASEAN, tambahan 2 model baharu bakal menyusul!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia