window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Impak kehebatan jenama tempatan, kegemilangan kereta 'Barat' di China merosot secara drastik - CNN

Faisal · Sep 8, 2024 10:00 AM

Impak kehebatan jenama tempatan, kegemilangan kereta 'Barat' di China merosot secara drastik - CNN 01

Menurut CNN, era kegemilangan kereta jenama Barat yang menjual berjuta-juta kenderaan dan mengaut keuntungan besar di China sejak beberapa dekad lalu sudah menurun secara mendadak.

Berdasarkan laporan mereka, perkara ini berlaku disebabkan oleh peningkatan pesat bagi jualan kenderaan elektrik (BEV) buatan tempatan seperti BYD dan Xpeng.

Sebagai contoh, tahun lepas, takhta Volkswagen sebagai jenama kereta paling laris di China sejak tahun 2000 telahpun dirampas oleh BYD. Ford dan General Motors (GM) juga antara jenama yang mengalami kesusutan jualan dan bahagian pasaran di China.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaEV China dikhuatiri 'kacau' untung pengeluar kereta Eropah sehingga 7 bilion Euro menjelang 2030

Impak kehebatan jenama tempatan, kegemilangan kereta 'Barat' di China merosot secara drastik - CNN 01

Xpeng G6 yang baru sahaja menembus pasaran Malaysia

Menurut data daripada China Passenger Car Association (CPCA), Julai lalu, bahagian pasaran bagi jualan kereta jenama asing di China menurun kepada 33% (2 tahun sebelumnya ialah 53%).

Kata seorang veteran industri automotif, Michael Dunne, trend mula berubah pada Disember 2019 sewaktu Tesla Model 3 buatan China yang pertama dikeluarkan di Shanghai.

Jelasnya, “Pengeluaran Tesla Model 3 di Shanghai mengubah perspektif pengguna tentang kereta elektrik, seolah-olah satu keajaiban telah berlaku. Ia memberi ‘kesan baik’ kepada jenama kereta EV China seperti BYD, Neo dan Li Auto yang telah menambah baik kenderaan elektrik mereka secara berterusan."

Juga bacaDari RM 165k, XPeng G6 BEV dilancarkan di Malaysia - lebih murah dari Tesla Model Y, jarak pandu sehingga 570 km!

Impak kehebatan jenama tempatan, kegemilangan kereta 'Barat' di China merosot secara drastik - CNN 02

Untuk makluman anda, tahun lepas, BYD secara global mencipta rekod jualan sebanyak 3.02 juta kenderaan (termasuk hibrid plug-in), sekaligus menunjukkan lonjakan sehingga 62% daripada 2022.

Sebagai perbandingan, Volkswagen hanya menjual 1.02 juta kenderaan elektrik dan hibrid plug-in, hanya menunjukkan peningkatan 26% daripada 2022, manakala Tesla menjual EV sebanyak 1.8 juta unit.

Untuk pengetahuan anda, Agensi Tenaga Antarabangsa meramalkan bahawa jualan kereta EV dan hibrid plug-in di China akan mencecah angka 10 juta unit menjelang akhir tahun ini. BYD pula antara pengeluar teknologi hibrid terunggul di dunia.

Impak kehebatan jenama tempatan, kegemilangan kereta 'Barat' di China merosot secara drastik - CNN 03

Sebagai konteks, angka tersebut merangkumi hampir separuh daripada jualan kereta di negara itu, meningkat daripada hanya 1.1 juta unit daripada empat tahun lalu.

Dengan lambakan jenama kereta dari negara sendiri, logiklah kalau ia membanjiri pasaran luar seperti yang sudah dapat dilihat di negara kita sejak kebelakangan ini.

Juga bacaBYD dijangka akan mencatatkan pendaftaran sebanyak 10,000 unit kenderaan pada atau sebelum Oktober 2024!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia