window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indahnya susut harga, Proton Saga terpakai di pasaran Britain pernah turun serendah RM 700!

Faisal ยท Apr 7, 2022 01:00 PM

Indahnya susut harga, Proton Saga terpakai di pasaran Britain pernah turun serendah RM 700! 01

Kredit foto: Malaysiaku Dulu-Dulu Official.

Setelah tertularnya kisah Proton Saga lama yang dijunjung tinggi di negara Britain, seorang warga Malaysia yang pernah menetap di sana telah tampil menceritakan nostalgianya bersama kereta nasional itu sewaktu belajar di England.

Juga bacaProton Saga Black Knight ini ditayang megah di pentas kota London, milik ‘collector’ tegar di UK!

Indahnya susut harga, Proton Saga terpakai di pasaran Britain pernah turun serendah RM 700! 02

Antara kelibat Proton Saga di Britain.

Kenangan manis beliau yang tidak mahu diketahui sewaktu di universiti sekitar Sheffield itu bermula apabila beliau mampu membeli kereta tersebut dengan harga yang cukup murah iaitu pada £100 (~RM 700) sahaja.

Beliau membelinya dengan hasil gaji sebagai tukang cuci sambilan dan ketika itu, kereta apa sahaja yang boleh dibeli di Malaysia dengan harga sebegini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indahnya susut harga, Proton Saga terpakai di pasaran Britain pernah turun serendah RM 700! 01

Gambar hiasan.

Antara kenangan yang beliau tidak dapat lupa dengan Proton Saga miliknya adalah notis amaran dan saman trafik yang banyak kali diberi oleh pihak polis Britain. Maklumlah, zaman muda kan. Nakal atau degil itu biasalah.

Menariknya, beliau di Malaysia sebelum itu ada berangan hendak pakai kereta orang putih tetapi bila tiba di negara mereka, beli Proton Saga pula.

Indahnya susut harga, Proton Saga terpakai di pasaran Britain pernah turun serendah RM 700! 02

Malah, beliau hanya tersenyum ‘kambing’ sewaktu memberitahu bahawa ibunya pernah menyindir kerana tidak sangka anak bujangnya berjiwa patriotik setelah melihat kereta Proton Saga berusia lebih 30 tahun yang dimilikinya itu.

Namun sebelum pulang ke tanah air, beliau memberikan Proton Saga tersebut kepada pelajar baru yang lebih memerlukan. Apapun, beliau berharap bahawa ia dijaga rapi oleh pemilik sekarang.

Indahnya susut harga, Proton Saga terpakai di pasaran Britain pernah turun serendah RM 700! 03

Kalau anda nak tahu, Proton Saga yang berasaskan Mitsubishi Lancer Fiore dari Jepun ini mula dieksport ke Britain pada tahun 1988, iaitu 3 tahun selepas dirasmikan di Malaysia. Ketika itu, legenda ini ditawarkan melalui lebih 100 pengedar di serata Britain pada harga serendah £8,999 hingga £10,799 (~RM 51,721 - RM62,067).

Juga bacaProton Saga Black Knight 1989 menang pertandingan kereta klasik di Britain!

Sumber: Usin Lempoyang

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda