window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

India bakal terima varian Suzuki Jimny 5-pintu & 'facelift' 3-pintu pada tahun 2022

Zaid · Jun 9, 2021 08:00 PM

India bakal terima varian Suzuki Jimny 5-pintu & 'facelift' 3-pintu pada tahun 2022 01

Suzuki Jimny varian 3-pintu

Seperti yang dijangka, Suzuki Jimny tiba di India. Seperti yang dinyatakan oleh What Car India, ketua pemasaran Maruti Suzuki India mengesahkan bahawa model Jimny akan memasuki pasaran negara tersebut.

India bakal terima varian Suzuki Jimny 5-pintu & 'facelift' 3-pintu pada tahun 2022 02

Memetik ulasan eksekutif pemasaran Maruti Suzuki India, Shashank Srivastava menjelaskan mereka sedang meneliti strategi pemasaran Jimny di India. Tarikh sebenar pelancaran Suzuki Jimny masih belum diumumkan namun, tahun 2022 dijangka bakal menjadi pilihan.

Juga baca: Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

India bakal terima varian Suzuki Jimny 5-pintu & 'facelift' 3-pintu pada tahun 2022 01

Suzuki Jimny varian 5-pintu bakal menjadi pilihan model untuk dilancarkan di India. Spesifikasi Jimny bagi pasaran negara ini juga akan menerima beberapa ciri penambahbaikan khas.

Juga baca: Terlalu ramai permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita?

India bakal terima varian Suzuki Jimny 5-pintu & 'facelift' 3-pintu pada tahun 2022 02

Lebih menarik, Suzuki Jimny varian 5 pintu ini dijangka bakal dilancarkan bersama model 'facelift' 3-pintu. Kedua-dua model ini dijana oleh enjin yang sama iaitu 1.5 liter petrol aspirasi biasa dengan 102 PS dan tork 130 Nm.

Dua pilihan transmisi ditawarkan iaitu manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan roda belakang dan hadir bersama pilihan sistem pacuan empat roda.

India bakal terima varian Suzuki Jimny 5-pintu & 'facelift' 3-pintu pada tahun 2022 03

Srivastava mengulas; "Kami memulakan pembangunan Jimny di India dengan memberi fokus kepada pasaran eksport 2-3 bulan yang lalu. Permintaan untuk pasaran tersebut amat memuaskan.

Kami juga memperkenalkan model Jimny di India melalui Auto Expo 2020 kepada pengguna tempatan dan berjaya menerima maklum balas yang sangat baik. Kajian terhadap penetapan harga dan penambahbaikan spesifikasi Suzuki Jimny di India masih di dalam proses."

Juga baca: Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia!

Apa kata pasaran Malaysia?

India bakal terima varian Suzuki Jimny 5-pintu & 'facelift' 3-pintu pada tahun 2022 04

Naza Eastern Motors akan membawa masuk model Suzuki Jimny ke pasaran Malaysia pada Ogos ini. Ia merupakan model kedua selepas pelancaran Suzuki Swift Sport.

Bagi pasaran Malaysia, Naza memberitahu model Jimny akan di import (CBU) sepenuhnya dari Jepun. Hal ini kerana, Malaysia tidak mempunyai perjanjian perdagangan bebas dengan India tetapi sebaliknya dengan Jepun.

Juga baca: Sah! Suzuki Jimny bakal tiba di Malaysia pada Ogos 2021, varian ‘high end’ sahaja!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda