window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa?

Faisal · Mar 18, 2021 09:00 AM

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 01

Mercedes-Benz E-Class facelift 2021 (W213) telah membuat debut global pada awal tahun lepas. Kini, model yang diperbaharui ini baru sahaja dilancarkan di India. Menariknya, ia hanya ditawarkan dengan versi jarak roda panjang - long-wheelbase (LWB).

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 02

Di sana, sedan eksekutif ini didatangkan dengan varian E200, E220d, dan E350d. Kali ini, varian E350d datang sekali dengan pakej aksesori AMG Line.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaMercedes-Benz E-Class facelift 2020 mempamerkan ADAS, stereng, dan MBUX yang lebih baru

Perbezaan dimensi E-Class LWB dengan E-Class konvensional

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 01

E-Class LWB vs E-Class
Ukuran E-Class LWB E-Class
Panjang (mm) 5,075 (+140 mm) 4,935
Lebar (mm) 2,065 (0) 2,065
Tinggi (mm) 1495 (+30 mm) 1,465
Jarak roda (mm) 3,079 (+140 mm) 2,939

Penambahan ukuran panjang dan tinggi pada E-Class LWB disebabkan oleh ruang yang lebih luas di tempat duduk belakang.

Eksterior

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 02

Mercedes-Benz E-Class LWB facelift mendapat pembaharuan yang sama seperti model biasa.

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 03

Pakej eksterior Avantgarde adalah standard.

Anda boleh lihat pada wajah hadapannya yang mana ia tampil dengan gril krom lebar dan rekaan lampu LED yang sama seperti versi konvensional.

Begitu juga pada bahagian belakang yang mana ia juga datang dengan rekaan lampu yang baru.

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 04

Apa yang lainnya ialah pada bahagian tepi. Kalau anda lihat, terdapat seksyen cermin yang kekal di tiang C. Pada masa yang sama, tiang ini memperlihatkan sebuah lencana yang eksklusif.

Interior

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 05

Varian E350d didatangkan khas dengan kemasan warna biru.

Kesemua varian di India tampil dengan pembaharuan reka bentuk stereng, sistem infotainment, dan papan pemuka. Malah tempat duduknya juga adalah baru.

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 06

Unik untuk varian E350d ialah skrin kembar 12.3 inci yang merangkumi kluster instrumen digital dan sistem infotainment MBUX.

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 07

Antara ciri lain yang didatangkan eksklusif untuk varian ini ialah:

  • Sistem bunyi sekeliling Burmester
  • Bumbung suria panoramik
  • Pengecas tanpa wayar
  • Skrin kawalan di perehat tangan belakang

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 08

Apa yang lebih menarik untuk pasaran India ialah kombinasi warna dan trim interior yang boleh dipilih oleh pembeli. Mereka boleh memilih diantara warna:

  • Hitam semua
  • Krim dwi-tona dengan sentuhan warna biru atau coklat

Bagi menaikkan suasana, interior ini memperlihatkan trim kayu oak jenis open-pore yang mana pembeli boleh memilih diantara warna kelabu, hitam, atau coklat cerah.

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 09

Pelindung matahari di belakang juga didatangkan sebagai standard.

Dari segi keselamatan, E-Class LWB facelift dilengkapkan dengan 7 beg udara, active parking assistant, kamera 360-darjah, dan sistem Pre-Safe.

Trenkuasa – sama seperti sebelum ini

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 10

Sistem suspensi udara Air Body Control didatangkan pada varian E350d.

Kesemua varian kekal dengan gabungan enjin dan transmisi seperti berikut:

Trenkuasa E-Class LWB di India
Varian Trenkuasa
E200

2.0L turbo, petrol, 4 silinder

197 PS, 320 Nm tork

Automatik 9 kelajuan

E220d

2.0L turbodiesel, 4 silinder

197 PS, 400 Nm tork

Automatik 9 kelajuan

E350d

3.0L turbodiesel, 6 silinder sebaris

286 PS, 600 Nm tork

Automatik 9 kelajuan

Mercedes-Benz E-Class facelift di Malaysia

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 11

E-Class facelift, sudah dilancarkan di Thailand.

Walaupun versi LWB ini agak menarik, agak mustahil untuk ia masuk pasaran Malaysia.

Juga bacaSpyshots: Mercedes-Benz E-Class 2021 (W213) ‘facelift’ kini di Malaysia, bakal dilancarkan tahun depan!

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 12

Buat masa ini, pasaran tempatan hanya menunggu pelancaran model facelift.

Juga bacaMercedes-Benz E-Class W213 2021 – tiada lagi lambang kemegahan di bonet

India lancar Mercedes-Benz E-Class (V213) 2021 ‘lebih panjang’, lagi baik daripada versi biasa? 13

Untuk maklumat anda, model pra-facelift masih dijual. Kalau anda masih berminat, Mercedes-Benz E-Class W213 ditawarkan dengan harga seperti berikut:

  • E200 Avantgarde – EM 318k
  • E300 Exclusive Line – RM 367k
  • E350 AMG Line – RM 385k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda