window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak?

Faisal · Feb 25, 2021 07:00 PM

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 01

BMW Group Indonesia baru sahaja melancarkan BMW X7 2021 (CKD). Pelancaran ini menjadikan ia sebagai model BMW ke-8 yang dipasang di kilang Gaya Motor, Jakarta.

Kemewahan dengan harga yang lebih rendah

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 02

Sebagai model CKD, harga BMW X7 di Indonesia kini bermula dari IDR 2.29 bilion sahaja – IDR 2.72 bilion untuk model CBU sebelum ini. Sebagai perbandingan, harga BMW 7 Series pula bermula dari IDR 1.89 bilion.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 01

Masih datang dengan pintu but yang boleh dibuka secara asing

Walaupun dengan harga yang lebih rendah, BMW X7 masih datang dengan pakej eksterior Opulent. Pakej ini menampilkan kemasan high-gloss chrome di bahagian depan, sisi, dan belakang.

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 02

Antara ciri standard termasuklah lampu BMW LaserLight dan roda dwi-tona 21 inci rekaan Style 752.

Kemewahan di bahagian dalam

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 03

Beralih ke bahagian kabin, BMW X7 2021 tampil dengan kluster instrumen Live Cockpit Professional yang bersaiz 12.3 inci dengan paparan Head-Up Display.

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 04

Antara ciri lain yang menarik ialah:

  • Sambungan Android Auto & Apple CarPlay jenis wireless
  • Skrin infotainment sesentuh 12.3 inci
  • Pengecas telefon tanpa wayar
  • Butang kawalan dengan kemasan cermin
  • Pemanas/penyejuk untuk pemegang minuman
  • Sistem bunyi sekeliling Bowers & Wilkins 1,508 watt dengan 20 pembesar suara

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 05

Selain itu, terdapat ciri kemewahan seperti:

  • 2 skrin multimedia 10.2 inci untuk penumpang belakang
  • Bumbung suria panoramik Sky Lounge dengan 15,000 LED

Trenkuasa

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 06

BMW X7 2021 didatangkan dengan enjin 3.0L turbo 6 silinder sebaris yang menghasilkan sebanyak 340 PS dan 450 Nm tork. Kuasa ini disalurkan ke setiap roda oleh teknologi xDrive melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 07

Pada masa yang sama, BMW X7 2021 hadir dengan pakej xOffroad. Pakej ini boleh melaras ketinggian dan lantunan suspensi untuk penyesuaian terhadap pelbagai permukaan jalan.

Ciri keselamatan

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 08

Secara standard, BMW X7 2021 datang dengan ciri keselamatan seperti:

  • Adaptive cruise control dengan stop & go function (ACC)
  • Forward collision warning dengan brake intervention (FCW)
  • Lane departure warning (LDW)
  • Lane change warning (LCW)
  • Blind spot monitor dengan rear cross-traffic alert (BSM, RCTA)
  • Kamera 360-darjah 3D

CKD di Malaysia bagaimana?

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 09

Buat masa ini, BMW X7 di Malaysia diimport sepenuhnya dari Amerika.

Indonesia lancar BMW X7 2021 versi CKD, Malaysia bakal ikut jejak? 10

Menariknya, kami difahamkan bahawa pemasangan tempatan untuk model ini akan beransur tidak lama lagi. Untuk pengetahuan anda, harga BMW X7 yang ditawarkan di pasaran Malaysia sekarang bermula dari RM 862,000.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW X7 xDrive40i Pure Excellence

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda