window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan!

Haris · Jul 12, 2022 05:00 PM

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 01

  • LMPV (Low Multiple Purpose Vehicle) hibrid pertama di Indonesia
  • 70 peratus tempahan Ertiga adalah daripada hibrid
  • 1,800 unit ditempah pada bulan pertama, melebihi sasaran 1,500 unit

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 02

PT Suzuki Indomobil Sales telah memulakan revolusi pertama dengan LMPV enjin hibrid pertama di Indonesia melalui pelancaran Suzuki Ertiga Hybrid. Model ini merupakan model generasi kedua, diambil daripada model yang sama dijual di India.

Sebagai rujukan, Suzuki Ertiga generasi pertama ada di-rebadge di Malaysia sebagai Proton Ertiga.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 01

Walaupun terdiri daripada 2 trim utama, pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan melihat sejumlah 7 varian yang berharga seperti berikut:

  • Ertiga GA MT : IDR 225,100,000 (~RM 66,500)
  • Ertiga GL MT : IDR 248,500,000 (~RM 73,400)
  • Ertiga GL AT : IDR 259,500,000 (~RM 76,650)
  • Ertiga Hybrid GX MT : IDR 270,300,000 (~RM 79,900)
  • Ertiga Hybrid GX AT : IDR 281,300,000 (~RM 83,000)
  • Ertiga Hybrid Suzuki Sport MT : IDR 281,300,000 (~RM 83,000)
  • Ertiga Hybrid Suzuki Sport AT :IDR 292,300,000 (~RM 86,300)

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 02

Cara mudah untuk membezakan 2 aras trim utama ialah melalui trim kayu dalaman untuk GX manakala trim karbon tiruan pada Sport. MPV ini dibangunkan di atas platform HEARTECT yang baharu hasil kemajuan Suzuki.

Baca: Toyota Fortuner versi 'hibrid' bakal tiba pada tahun 2023, akan guna teknologi Ertiga Hybrid?

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 03

Menggunakan sistem hibrid ringan, digelar Suzuki Smart Hybrid dan masih berasaskan enjin 4-silinder 1.5 liter K15B yang sama tetapi dengan penyepaduan 2 komponen tambahan iaitu:

  • ISG (Integrated Starter Generator)
  • Bateri lithium-ion 12V 6Ah

Lantas menjadikan output kuasa kepada 105 PS dan 138 Nm tork.

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 04

Sistem ini berfungsi dengan mematikan enjin apabila kereta berhenti tanpa gangguan pada alatan kelengkapan lain seperti penghawa dingin dan radio. Hal ini bermakna lebih penjimatan bahan api namun berdasarkan bacaan, ia tidak signifikan. Kelihatannya, ciri penghawa dingin yang boleh dihidupkan ketika enjin mati adalah suatu ciri yang didambakan pengguna di Nusantara.

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 05

Diletakkan di bawah tempat duduk penumpang hadapan, bateri membekalkan kuasa untuk menjalankan alat bantu apabila enjin dimatikan buat sementara waktu dalam trafik oleh sistem henti mula.

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 06

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 07

Sama seperti hibrid ringan yang lebih baharu, ISG dan bateri menghidupkan semula enjin apabila pemandu menekan pendikit. Ini membawa kepada 'penghidup' semula enjin petrol yang lebih lancar dan senyap.

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 08

Selain daripada beberapa perincian utama tersebut, Suzuki telah melakukan lebih banyak semakan pada Ertiga. Antaranya adalah:

  • Gril Depan Rekaan 
  • Cermin Lipat Auto 
  • Antena 
  • Perincian pada pintu belakang krom 
  • Multi Info Display (MID) Reka Bentuk 
  • Warna kabin dalaman dan kemasan tempat duduk 
  • Cruise Control
  • Tombol gear (Gear Shift Indicator) dalam varian manual
  • Auto light dengan fungsi Guide Me Light
  • ESP
  • Hill Hold Control

Indonesia lancar LMPV hybrid pertama, Suzuki Ertiga Hybrid - laku keras dengan 70% tempahan! 09

Suzuki Ertiga Hybrid ditampilkan dalam 7 warna berbeza, Pearl Snow White, Prime Cool Black, Metallic Magma Grey, New Mellow Deep Red, Metallic Silky Silver, Pearl Brave Khaki dan Pearl Burgundy Red.

Kesemua varian datang dengan jaminan bateri selama 5 tahun atau 100,000 km, yang mana datang dahulu.

Anjakan paradigma ini mungkin nampak ringkas namun melihatkan komitmen kerajaan Indonesia dalam mempromosikan kenderaan elektrik, hybrid dan mesra alam di sana, tidak mustahil mereka akan mampu menangani masalah alam sekitar dengan lebih baik berbanding jirannya. - AutoFun

Baca: Menteri Industri Indonesia minta Mitsubishi bina 'kei EV' eK X di sana - Xpander mini elektrik ini ada peluang?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Proton Ertiga 1.4 Executive MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda