window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan?

Haris · Oct 18, 2022 05:00 PM

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan? 01

Walaupun pembeli lebih suka kepada kenderaan 7-penumpang dan hatchback berbanding sedan, 2023 Toyota Vios D92A serba baharu telah dilancarkan di Indonesia sebelum Malaysia pada minggu lepas. Menariknya, pelancaran itu bukan keseluruhan kisah Toyota Vios generasi keempat di sana.

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan? 02

Pada sidang media maya sejurus selepas pelancaran, pengedar Toyota Indonesia iaitu PT Toyota Astra Motor (TAM) telah menyatakan hasrat dan minat untuk menawarkan Toyota Vios Hybrid di negara itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan? 01

Toyota Innova Hybrid juga dalam perancangan, kredit foto

Bercakap kepada media automotif Indonesia, Pengarah Pemasaran TAM, Anton Jimmy Suwandi berkata bahawa Toyota akan komited untuk memperkenalkan lebih banyak model hibrid ke negara ini kerana syarikat itu komited terhadap elektrifikasi.

Baca: Toyota Vios generasi 2023 dilancar di Indonesia - dari RM 96k, kamera 360-darjah tiada langsung?

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan? 02

“Toyota bukan sahaja akan menawarkan Toyota Vios berkuasa petrol. Kami sedang menjalankan kajian dan meminta pengedar prinsipal kami memperkenalkan lebih banyak model hibrid ke Indonesia termasuk Vios Hybrid,” ujar Anton.

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan? 03

Bukan sekadar itu, portal OtoDriver juga telah melaporkan bahawa pembangunan Vios Hybrid di Indonesia masih bergantung kepada keputusan utama dari Toyota Motor Corp.

Portal automotif itu turut membuat spekulasi bahawa rangkaian kuasa Vios Hybrid akan diambil berdasarkan teknologi hibrid Toyota lain seperti Toyota Corolla Altis Hybrid. Sejumlah 4 model Toyota Hybrid ditawarkan di sana.

Menariknya, model Toyota Vios D92A juga menggunakan platform DNGA seperti Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid / Perodua Ativa Hybrid. Justeru, adakah trenkuasa e:Smart Hybrid mungkin boleh disesuaikan untuk sedan varian hibrid itu? 

Baca: 5 unit Perodua Ativa Hybrid pertama diserahkan kepada pelanggan - hanya RM 500 sebulan, 5 tahun pajakan

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan? 04

Toyota Vios D92A yang dijual di Indonesia diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand, beralih daripada model pemasangan tempatan (CKD) generasi sebelumnya. 3 varian ditawarkan dan dikuasakan oleh enjin 1.5 liter 2NR-VE (106 PS/138 Nm) petrol, enjin yang sama seperti Perodua Myvi.

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan? 05

Enjin itu dipasangkan dengan pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik D-CVT yang menghantar kuasa ke roda hadapan.

Bercakap mengenai Perodua, rakan kongsi Daihatsu di Malaysia mempunyai peranan dalam membangunkan Vios serba baharu yang disokong oleh platform DNGA yang serupa dengan Toyota Avanza/Veloz/Daihatsu Xenia/Perodua Alza.

Indonesia mahu Toyota Vios Hybrid, enjin 1.2L e:Smart pada Ativa Hybrid boleh jadi pilihan? 06

Malaysia menerima Toyota Vios generasi baharu D92A ini sedikit lebih lambat daripada negara jiran. Hal ini bagi mempersiapkan barisan pengeluaran tempatan untuk projek pemasangan tempatan CKD. Adakah harganya jauh lebih murah lagi-lagi selepas penglibatan Perodua di dalam pembangunannya? Sama-sama kita nantikan tahun depan.

Baca: Jualan Honda City tetap 'steady', bila agaknya Toyota Vios 2023 serba baru akan dilancarkan di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda