window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia 'sailang' projek kereta terbang Malaysia, sasar pelancaran tahun 2022!

Haris · Sep 7, 2021 11:59 AM

Indonesia 'sailang' projek kereta terbang Malaysia, sasar pelancaran tahun 2022! 01

Projek kereta terbang di Malaysia mungkin dipandang sinis oleh kebanyakan pihak namun negara jiran Indonesia nampaknya tidak berkongsi sentimen yang sama. Terbaru, Prestige Image Motorcars yang berpengkalan di Indonesia telah merancang untuk membawa idea ini ke seberang, sebagai 'teksi udara' untuk industri pelancongan di Bali.

Indonesia 'sailang' projek kereta terbang Malaysia, sasar pelancaran tahun 2022! 02

Lebih menarik lagi, syarikat tersebut bekerjasama dengan Guangzhou EHang Intelligent Technology Co., syarikat yang sama yang pernah mengajukan produk mereka untuk Malaysia. Produk yang dimaksudkan adalah EHang 216, dron penumpang komersial yang pernah disebut-sebut sebagai projek 'kereta terbang' oleh mantan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Indonesia 'sailang' projek kereta terbang Malaysia, sasar pelancaran tahun 2022! 01

EHang 216 di bilik pameran Prestige Image Motorcars (Kredit: J. Cruz)

Rudy Salim, Pengarah dan Presiden Prestige Image Motorcars telah mendedahkan perancangan syarikat tersebut dengan sasaran pelancaran servis tersebut pada tahun 2022.

"Target demo tahap 1 adalah pada akhir Oktober manakala tahun depan projek ini mampu dibuka untuk orang awam," ujar Rudy, kepada CNBC Indonesia.

Indonesia 'sailang' projek kereta terbang Malaysia, sasar pelancaran tahun 2022! 02

Teksi udara yang akan dibawa ke Indonesia ini adalah secara teknikalnya sebuah dron berautonomi (swapandu/pandu sendiri). Kapasiti tempat duduk adalah terhad kepada 2 penumpang.

Swapandu juga bermaksud bahawa teksi terbang ini tidak mempunyai pemandu. Oleh yang demikian, dron ini dipantau dan dikendalikan dari pusat arahan dan kawalan yang terletak di darat.

Baca: Malaysia lembab, Korea bakal cipta kereta terbang lebih awal bersama Hyundai

Indonesia 'sailang' projek kereta terbang Malaysia, sasar pelancaran tahun 2022! 03

EHang 216 berukuran 5.61 m lebar dan 1.77 m tinggi yang menjadikannya agak kompak. Beratnya sekitar 360 kg dengan beban muatan sehingga 220 kg. Terdapat lapan lengan di mana masing-masing mempunyai sepasang motor elektrik yang disambungkan ke bilah kipas.

Dron ini mempunyai kelajuan terbang sehingga 130 km/j dengan kelajuan maksimum 160 km/j. Sementara itu, EHang mendakwa bahawa bateri tersedia mampu bertahan untuk jarak sehingga 35 km. Masa penerbangan hanyalah sekitar 20-30 minit namun terdapat potensi untuk mencapai 4 jam dengan teknologi masa hadapan.

Indonesia 'sailang' projek kereta terbang Malaysia, sasar pelancaran tahun 2022! 04

Kokpit EHang 216

Sejak dari awal lagi, Rudy turut menegaskan bahawa ini adalah 'teksi udara' di mana syarikatnya mahu menjadi perintis kepada era Urban Air Mobility. Hal ini berbeza dengan mantan Menteri Pembangunan Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menggunakan terma 'kereta terbang' justeru menerima tanggapan yang berbeza dari segenap pihak.

Baca: Projek Kereta Terbang masih dilaksanakan. Rakyat salah anggap akibat guna terma ‘kereta terbang’?

Indonesia 'sailang' projek kereta terbang Malaysia, sasar pelancaran tahun 2022! 05

EHang 'tergantung' sepi di Malaysia

"Era Urban Air Mobility yang kami impikan dari masa depan telah hadir di depan mata kami. Teksi udara ini bukan hanya sekadar gaya hidup, tapi juga cara baru untuk bergerak, baik untuk keperluan peribadi mahupun sektor lain seperti pelancongan," jelas Rudy.

EHang 216 tidak memerlukan tapak pendaratan yang luas untuk berlepas atau mendarat, menjadikan dron ini sangat sesuai untuk pengangkutan dalam bandar dan rekreasi.

Baca: Ini pendapat YB Khairy Jamaludin mengenai Projek Kereta Ketiga! ‘Foolhardy’

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda