window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara!

Haris Β· Sep 18, 2021 12:00 PM

Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara! 01

Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo merasmikan upacara pecah tanah semalam untuk pembinaan kilang pembuatan bateri kenderaan elektrik pertama di Asia Tenggara.

Dikendalikan oleh PT HKML Indonesia, syarikat itu adalah usaha sama antara LG Energy Solution Korea Selatan dan Hyundai Motor Group dengan PT Industri Baterai Indonesia (Indonesia Battery Industry, IBC).

Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara! 02

Presiden Jokowi, bapa industri kenderaan elektrik Indonesia?

Kilang tersebut akan beroperasi pada tahun 2022, dengan kapasiti pengeluaran awal mencecah 10 GWh (Giga Watt hour) per tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

PT Industri Baterai Indonesia adalah sebuah konsortium dari empat syarikat perlombongan, minyak, dan elektrik Indonesia milik kerajaan iaitu Indonesia Asahan Aluminium, pelombong emas dan nikel Aneka Tambang (Antam), Pertamina, dan Perusahaan Listrik Negara (PLN). Pertamina dan PLN masing-masing boleh disifatkan sebagai Petronas dan TNB untuk Malaysia.

Kilang pembuatan bateri EV tersebut sedang dibina di Karawang New Industrial City di Jawa Barat, dengan pelaburan sekitar USD 1.1 bilion.

Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara! 01

Upacara menandatangani maya pada bulan Julai, antara LG Energy, Hyundai Motor, pemerintah Indonesia, dan Indonesia Battery Industry (IBC)

"Pembinaan kilang itu sejajar dengan objektif kerajaan untuk mewujudkan industri hiliran sumber mineral negara, terutamanya nikel," kata Jokowi.

“Era mengeksport komoditi mentah sudah berakhir, dan Indonesia harus berusaha untuk beralih dari struktur ekonomi berdasarkan komoditi bersepadu dengan industri hilir yang kuat berdasarkan perkembangan inovasi teknologi. Strategi pertumbuhan Indonesia saat ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kita pada eksport bahan mentah serta import produk siap, yang akan kita capai untuk mempercepatkan industri pemprosesan sumber semula jadi kita. Ini akan memberi industri kita nilai yang lebih tinggi,” tambahnya.

Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara! 02

Indonesia akan mengganti kenderaan kerajaan dengan EV

"Kerajaan Indonesia akan bekerja untuk membantu pertumbuhan ekosistem pembuatan bateri dan kenderaan elektrik. Indonesia akan terus mempercepatkan reformasi struktural untuk memberikan pelaburan yang berkaitan dengan EV dengan kemudahan dan obligasi undang-undang yang diperlukan untuk perniagaan mereka bertapak di Indonesia.

"Upacara pecah tanah adalah hasil dari lawatan saya ke Busan di Korea Selatan, 2 tahun lalu untuk bertemu pemimpin industri di sana.

"Saya berharap kerjasama antara Korea Selatan dan Indonesia akan terus diperkuat, untuk melibatkan perusahaan mikro, kecil, dan menengah Indonesia," tambah Jokowi. Beliau telah mengunjungi presiden Korea Selatan, Moon Jae In pada tahun 2019 untuk menjemput pengeluar bateri Korea untuk melabur di Indonesia.

Turut hadir dalam upacara pecah tanah adalah Presiden Hyundai Motor Asia-Pasifik Lee Kang Hyun, CEO LG Energy Solution Jonghyun Kim, dan CEO PT HKML Battery Indonesia William Hong.

Baca: Bekalan cip dari Malaysia putus, syarikat kereta Jepun potong 1 juta pengeluaran

Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara! 03

Thailand sudah pun memiliki kilang pembuatan bateri EV di sana, tetapi ia dibangunkan oleh BMW, Mercedes-Benz, dan Toyota. Oleh yang demikian, tugas yang dilakukan di sana adalah lebih kepada 'pemasangan' pek bateri yang menggunakan bahan dan komponen yang diimport, sementara kilang Industri Bateri Indonesia adalah rantaian bekalan bersepadu yang lebih menyeluruh.

Kilang ini juga akan bertanggungjawab untuk rantaian bekalan awal, dari perlombongan bahan mentah, peleburan, penyulingan, hingga pembuatan katod, sebelum menghasilkan pek bateri sepenuhnya.

Indonesia semakin ke depan, mula pembinaan kilang bateri EV pertama di Asia Tenggara! 04

Bateri yang dihasilkan oleh kilang Industri Bateri Indonesia akan dikeluarkan secara eksklusif untuk kenderaan elektrik Hyundai Motor Group.

Hyundai kini membina kilang pembuatan kenderaan bernilai USD 880 juta di Cikarang, yang juga akan mengeluarkan kenderaan elektrik. Apabila siap pada tahun 2022, ia akan menjadi kilang milik penuh Hyundai pertama di Asia Tenggara.

Baca: Senyap itu penting, Kia jelaskan kelebihan FCEV hidrogen untuk kenderaan ketenteraan Kia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda