window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Industri EV dua roda terus berkembang, EPMB, TSG jalin kerjasama bangunkan infrastruktur bateri EV!

Khairil ยท Jan 19, 2023 09:00 AM

Industri EV dua roda terus berkembang, EPMB, TSG jalin kerjasama bangunkan infrastruktur bateri EV! 01

Satu lagi perkembangan positif membabitkan industri motosikal elektrik bukan saja di Malaysia, malah di rantau Asia tenggara menerusi kerjasama EP Manufacturing Berhad (EPMB) bersama anak syarikat Tenaga Nasional Berhad, Tenaga Switchgear Sdn. Bhd. (TSG).

Kerjasama yang dimeterai itu membabitkan EPMB melalui anak syarikat milik penuhnya, EP Blueshark Sdn. Bhd, yang juga pengeluar skuter elektrik Blueshark R1 bersama TSG.

Industri EV dua roda terus berkembang, EPMB, TSG jalin kerjasama bangunkan infrastruktur bateri EV! 02

Pengarah Urusan TSG, Ahmad Sazree Abd. Aziz (dua dari kiri) dan Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah ketika majlis tandatangan perjanjian MoU.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak akan meneroka peluang bagi menyetempatkan pengeluaran bateri dan stesen tukar bateri di peringkat serantau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain itu, kedua-dua pihak juga akan meneroka peluang untuk menyatukan rangkaian infrastruktur di pasaran yang disasarkan, serta meneroka peluang membangunkan stesen tukar bateri melalui rangkaian TSG di rantau ini.

Industri EV dua roda terus berkembang, EPMB, TSG jalin kerjasama bangunkan infrastruktur bateri EV! 01

Tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia, EPMB menerusi pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Lim Sim Yee berkata, pihaknya sedang berusaha melancarkan perniagaan kenderaan elektrik (EV) dua roda secara komersial di Malaysia dan ke negara-negara ASEAN lain.

Industri EV dua roda terus berkembang, EPMB, TSG jalin kerjasama bangunkan infrastruktur bateri EV! 02

Blueshark R1

Menurutnya, memetik laporan Kosmo!, untuk menjalankan perniagaan itu tanpa gangguan, pihaknya memerlukan infrastruktur stesen pertukaran bateri yang dibina dengan baik di pasaran sasaran.

Sebagai info, TSG yang diperbadankan pada 1994 terlibat dalam pembuatan alatan suis voltan sederhana dan tinggi di Asia Tenggara bagi sistem pengagihan elektrik.

Industri EV dua roda terus berkembang, EPMB, TSG jalin kerjasama bangunkan infrastruktur bateri EV! 03

Syarikat itu turut menerokai produk peralihan tenaga termasuklah pengecas EV arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC), serta infrastruktur pertukaran bateri.

Industri EV dua roda terus berkembang, EPMB, TSG jalin kerjasama bangunkan infrastruktur bateri EV! 04

Stesen pengecas dan penukaran bateri

Dalam perkembangan berkaitan, EPMB turut bekerjasama dengan syarikat teknologi antarabangsa, Sharkgulf Technologies Group Limited untuk mengeluarkan, memasang dan mengedarkan EV dua roda berkuasa bateri di Malaysia dan seluruh ASEAN. 

Sumber imej: FB Blueshark Malaysia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda