window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan!

Haris · Nov 28, 2020 02:00 PM

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 01

Dalam usaha untuk maju dan berjaya, kadangkala, ada perkara-perkara yang kurang membanggakan yang perlu dibuat dahulu. Contohnya, ada yang kini berhijab bermula sebagai model seksi. Ada yang mempunyai rekod jenayah lampau, kini menjadi Timbalan Pengarah Imigresen

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 02

Mungkin ramai yang mentertawakan sesetengah model kereta ciplak yang ditiru bulat-bulat tetapi dari situlah modal dikumpulkan. Tidak percaya? Mari kita lihat beberapa model kereta ciplak bulat-bulat. Mana tahu, esok lusa ini jenama yang anda akan gunakan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Zotye SR9

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 01

Model yang digelar sebagai Porsche Macan’t ini hadir sebagai kereta konsep pada tahun 2014. Zoyte SR9 bukan lah pertama kali pihak Zoyte dituduh meniru tetapi ia mungkin suatu cubaan yang paling berani. 

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 02

Porsche sendiri pernah cuba untuk mengenakan tindakan undang-undang sejurus selepas penampilannya. Zoyte SR9 mula dijual pada tahun 2016, mencadangkan bahawa segala tindakan undang-undang mungkin sudah dibakulsampahkan.

2. Landwind X7

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 03

Bukan Porsche sahaja yang kene tiru, Range Rover pun menerima nasib yang sama. Landwind X7 hadir pada tahun 2015 dengan rekaan yang ‘mirip’ Range Rover Evoque.

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 04

Bukan sekadar Evoque, ini dah kira provok

Berita baik di sini, Range Rover menang dalam proses tindakan undang-undang dan Landwind X7 tidak lagi boleh dijual di China. Walaupun ia mengambil masa selama 3 tahun untuk proses undang-undang tersebut, ia tetap suatu kejayaan.

3. Lifan 320

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 05

Bukan SUV sahaja yang menjadi sasaran pengeluar China. MINI Cooper pun jadi. Lifan 320 adalah sebuah hatchback kompak yang mirip dengan MINI Cooper. Walaubagaimanapun, tiada sebarang tindakan undang-undang diperintahkan kepada Lifan 320 ini.

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 06

The Italian Nutjob

Lifan 320 turut dipasarkan di pasaran Amerika Latin dan kepulauan Caribbean. Mengikut Latin NCAP, Lifan 320 menerima markah yang mengejutkan; 0 bintang. Barang berkualiti memang tak boleh tiru.

Geely GE

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 07

Sebagai jenama paling mewah dan berprestij, sudah tentu Rolls Royce hanya menunggu masa sahaja untuk ditiru. Apa yang tak boleh tahan, lambang Spirit of Ecstasy atau Flying Lady juga ditirunya.

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 08

Atas: perbandingan, bawah: sebenar

Tanda nama GE adalah singkatan daripada Geely Excellence. Walau bagaimanapun, nasib Geely GE dikatakan kekal sebagai kereta konsep sahaja.

BYD S8

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 09

Model terakhir dalam senarai ini meniru 2 kereta sekaligus. BYD S8 tampil pertama kalinya pada tahun 2006. Sebanyak 103 unit sahaja terjual pada tahun 2009 dan 2010 sebelum dihentikan penjualan.

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 10

Bintang 3 bucu menerima nasib yang sama

BYD S8 dikatakan meniru Mercedes Benz CLK pada bahagian depan. Pada bahagian belakang pula, ia meniru Renault Megane III CC. Mungkin untuk mengurangkan 90% persamaan dengan kereta asal bagi mengelak tindakan undang-undang, meniru 2 model kereta sekaligus adalah langkah yang bijak. Kira 50:50 lah kan?

Mengapa tiru?

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 11

Pasaran China dikawal ketat oleh pihak kerajaan. Oleh itu, peluang untuk membangunkan dan mengeluarkan model kenderaan sendiri boleh tertutup pada bila-bila masa sahaja jika kerajaan memperketatkan undang-undang. Ketika itu, peralihan dari penggunaan basikal dan motosikal ke kereta sedang berlaku di China.

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 12

Oleh kerana peluang tersebut boleh tertutup pada bila-bila masa sahaja, pengeluar dari China terburu-buru membangunkan kereta secepat mungkin. Pintu kerjasama sudah terbuka luas, pelaburan asing juga dipanggil untuk menahan pintu tersebut dari tertutup.

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 13

Sumber: Breaking Views

Pengguna juga melihat lambakan usahasama antara pengeluar China dan jenama gergasi. Jenama besar tidak dapat masuk dengan sendiri, mesti ada bantuan tempatan.

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 14

Melihat kepada industri automotif China secara keseluruhan, ia sebenarnya sudah berkembang pesat berbanding dahulu. Lihat sahaja rekaan Geely Xing Yue dan Haval H6, kedua-duanya sangat membanggakan. Masalah reputasi jenama China tak bagus? Tiruan? Wang boleh menyelesaikannya masalah ini.

Ini 5 kereta ciplak 'copy ori' untuk penggemar barang tiruan! 15

Geely juga baru mengumumkan kerjasama dengan Daimler untuk pembangunan enjin. Kemajuan yang dikecapi datang dari langkah yang pantas oleh jenama pengeluar kereta China dalam usaha menarik pelaburan asing. Dalam sebuah pasaran yang kompetitif, sekurang-kurangnya mereka boleh berbangga dengan kereta keluaran tempatan yang sudah dipasarkan di seluruh dunia.

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda