window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

"Ini bukan pasukan Malaysia". Hafizh tuju kepada siapa?

Khairil ยท Dec 22, 2020 03:00 PM

Ikon sukan permotoran negara, Hafizh Syahrin Abdullah menegaskan Malaysia memiliki deretan penunggang berbakat yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa namun tidak diberi sokongan sebaiknya.

Menjadi satu-satunya pelumba negara yang pernah beraksi dalam kelas elit MotoGP, Hafizh baru-baru ini menceburkan diri dalam bidang perniagaan apabila membuka kedai gunting rambut hasil kerjasama dengan Nimroc.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika ditemui media dalam majlis berkenaan, Hafizh yang ditanya mengenai perkembangan sukan permotoran negara memberikan jawapan agak pedas namun tidak menyatakan dengan tepat kepada siapa ia ditujukan. 

"Saya percaya ramai pelumba Malaysia yang berbakat dan boleh diketengahkan. Tapi mungkin kita perlu ada pengurusan yang benar-benar mahukan pelumba negara. Yang betul-betul mahu membantu A ke Z. Apa yang berlaku, fokus kepada pelumba Malaysia dahulu.

"Sebagai contoh, kita boleh lihat pasukan SKY, ini adalah pasukan dari Itali, pasukan Valentino Rossi. Tiada pelumba dari luar yang mereka ambil, mereka membantu pelumba Itali, tidak kisah lama atau tidak, mereka akan bantu mereka untuk naik.

"Jadi kita memerlukan sesuatu seperti ini. Sebagai contoh, cuba sebaik mungkin. Berani gagal untuk berjaya.

"Ya, kita boleh ambil pelumba luar untuk bantu pasukan atau bantu pelumba kita. Tetapi jika tidak ada pelumba negara, tetapi ada pasukan Malaysia. Bagi saya rasa ini bukan pasukan Malaysia. Ini yang boleh saya katakan."

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila pasukan dari Malaysia, PETRONAS Yamaha SRT didakwa meminggirkan bakat pelumba tempatan.

Ini kerana selepas musim 2020, tiada lagi pelumba negara beraksi dalam pasukan berkenaan yang diketuai Prinsipal, Datuk Razlan Razali selepas Khairul Idham Pawi ditamatkan kontraknya musim ini.

Hafizh dalam pada itu akan terus beraksi dalam kelas Moto2 pada musim 2021 bersama pasukan NTS RW Racing GP.

Sumber: Astro Arena

Sumber imej: Instagram Hafizh Syahrin, MotoGP

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda