window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ini pendapat YB Khairy Jamaludin mengenai Projek Kereta Ketiga! ‘Foolhardy’

Haris · Aug 21, 2020 03:00 PM

Ini pendapat YB Khairy Jamaludin mengenai Projek Kereta Ketiga! ‘Foolhardy’ 01

Pada 19 Ogos 2020, Yang Berbahagia Khairy Jamaludin, Menteri Sains dan Teknologi telah mengadakan sebuah dialog awam berkenaan Ekosistem Teknologi. Dialog awam ini disertai rata-ratanya oleh penggiat startup dan mereka yang berkenaan dengan teknologi.

Namun begitu, sebuah dialog menarik telahpun berlangsung mengenai halatuju industri automotif negara khusunya Projek Kereta Nasional Ketiga dan pemasangan pengecas elektrik bagi penggunaan kereta elektrik.

Ini pendapat YB Khairy Jamaludin mengenai Projek Kereta Ketiga! ‘Foolhardy’ 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang menariknya, YB Khairy Jamaludin telah mengakui bahawa beliau sendiri mahu mengalami sendiri permasalahan ini dengan membeli sebuah kenderaan hybrid untuk penggunaan peribadi. Hal ini membolehkan beliau untuk merasai sendiri pengalaman mengecas kenderaan elektrik di sepanjang koridor lebuh raya Malaysia.

Ini pendapat YB Khairy Jamaludin mengenai Projek Kereta Ketiga! ‘Foolhardy’ 01

Selain daripada itu, dalam menjawab persoalan mengenai Projek Kereta Ketiga, beliau memberitahu bahawa perkara ini tidak dibincangkan di dalam Parlimen. 

“Saya berpendapat bahawa agak semberono (foolhardy) bagi kita untuk membangunkan sesebuah syarikat kereta yang masih berasaskan enjin bahan api konvensional.”

“Jika kita mahu sebuah kereta nasional elektrik atau memberikan geran kepada pemain industri kenderaan elektrik, tidak mengapa. Namun untuk memulakan semula sebuah syarikat kereta (berasaskan enjin bahan api konvensional), saya rasa trend tersebut telah berlalu.” ujar YB Khairy Jamaludin.

Ini pendapat YB Khairy Jamaludin mengenai Projek Kereta Ketiga! ‘Foolhardy’ 02

Pendapat beliau sememangnya senada dengan pendapat banyak pemerhati industri yang turut mencadangkan agar Projek Kereta Ketiga Nasional ini adalah berasaskan kenderaan elektrik. Selain itu, Daihatsu dan Perodua telah menyatakan minat mereka untuk menyertai projek ini. Adakah anda bersependapat dengan YB Khairy Jamaludin mengenai isu ini?

Sumber: Rakaman Siaran Langsung Townhall, Careta

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda