window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux!

Faisal · Jun 19, 2021 02:00 PM

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 01

Trak pikap di rantau kita sering dikaitkan dengan Toyota Hilux. Begitu juga dengan bekas makanan yang sering dipanggil sebagai jenama itu sendiri iaitu Tupperware.

Di Malaysia sendiri, rakyat memanggil apa jua trak pikap sebagai ‘Hailak’.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 02

Isuzu D-Max baru yang serba handal.

Kalau anda perasan, jiwa sesebuah trak pikap adalah enjin diesel. Tetapi dalam banyak-banyak jenama, tiada satupun yang mampu gelarkan diri mereka sebagai pencipta enjin diesel terbaik melainkan Isuzu sendiri.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat Daimler mungkin memiliki sejarah enjin diesel yang lebih lama (sejak 1923, Benz 5K3 adalah trak diesel pertama di dunia) tetapi di luar Eropah, penaklukan Daimler dalam dunia enjin diesel sebenarnya agak terhad.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 01

Benz 5K3, trak diesel pertama di dunia.

Isuzu pula adalah pembuat kereta Jepun tertua iaitu sejak tahun 1916. Menariknya, mereka adalah pengeluar enjin diesel terbesar di dunia. Kalau anda nak tahu, Isuzu menghasilkan enjin diesel untuk kegunaan darat dan laut sejak tahun 1936 lagi. Ketika itu, enjin diesel jenis air-cooled adalah yang pertama oleh Jepun. Kini, jumlah enjin diesel yang dibuat oleh Isuzu telah mencecah 30 juta.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 02

Sebelum Covid-19, Isuzu menghasilkan hampir 850,000 enjin diesel setiap tahun untuk kegunaan trak, kapal dan penjana kuasa (power generator). Itupun belum mengira hampir 600,000 enjin untuk trak Isuzu sendiri. Malah, ia tidak termasuk enjin Duramax yang dibuat di kilang hasil usaha sama oleh Isuzu Amerika dan General Motors.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 03

Bagi anda yang belum kenal, setiap kenderaan Isuzu mempunyai 6 lubang pada gril depan walaupun ia tidak begitu ketara pada D-Max baru.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 04

Untuk maklumat anda, gril 6 lubang tersebut mewakili kehadiran Isuzu di 6 daripada 7 benua dunia. Satu-satunya benua yang Isuzu tidak tembus ialah Antartika.

Sebenarnya, Isuzu ada di pasaran tersebut. Malah, Isuzu merupakan satu-satunya kenderaan / pengeluar enjin yang kekal 60 tahun di Kutub Selatan, iaitu bahagian bumi yang paling sejuk.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 05

Iklan akhbar Jepun mengenai kerjasama Isuzu dan JARE.

Sejak 1956, kenderaan Isuzu dan penjana elektrik berenjin diesel telah menyokong krew Japanese Antarctic Research Expedition (JARE) di Kutub Selatan.

Dengan suhu yang mencecah -8- darjah Celsius, telekomunikasi yang terhad dan beribu kilometer dari stor serbaneka dan pusat medik terdekat, enjin-enjin Isuzu inilah yang bertarung nyawa untuk mereka.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 06

Untuk pengetahuan anda, enjin yang digunakan untuk tugasan ini perlu hidup terus setiap kali diaktifkan, dan mampu berfungsi lancar dengan penjagaan yang ringan. Hal ini agak logik kerana di Antartika yang sejuk beku itu, agak mencabar dan leceh untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan.

Sebelum ini, pernah ada kes yang mana seorang mekanik keluar untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Malang tidak berbau, beliau terperangkap dalam rebut salji sehingga hampir seminggu tidak pulang ke pangkalan.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 07

Pada tahun 1958, sepasukan ekspedisi JARE terperangkap dalam pergerakan ais yang mana mereka terpaksa buat pemindahan kecemasan. Malangnya, 15 anjing Sakhalin Husky terpaksa ditinggalkan. Trajedi ini masih diingatkan di Jepun sehingga ke hari ini sehinggakan sebuah filem berjudul South Pole dibikin pada tahun 1983 bagi memperingati peristiwa malang tersebut.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 08

Dengan cuaca Antartika yang begitu mencabar. banyak perkara boleh silap (memang selalu berlaku). Di antara semua syarikat pemasangan enjin di Jepun, hanya Isuzu sahaja yang beranikan diri untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

Perkara ini sebenarnya cukup berisiko kerana krew yang bakal menggunakan jentera tersebut adalah saintis-saintis Jepun yang terhandal.

Ekspedisi JARE terakhir dibuat pada tahun 2017 dan kalau anda lihat di video atas, mereka masih mengunakan kenderaan yang berpuluh tahun usianya. Lihatlah betapa dipercayainya enjin Isuzu.

Bagi anda yang belum tahu, pangkalan penyelidikan JARE bukanlah sepanjang masa. Ada juga masa yang mana ia dibiarkan kosong dengan begitu lama. Untuk ini, kenderaan dan enjin penjana akan dipisahkan tetapi apabila pasukan seterusnya tiba, enjin-enjin ini sepatutnya boleh dihidupkan dengan mudah.

Kalau anda nak tahu, setiap enjin diesel Isuzu termasuk D-Max sendiri dihasilkan supaya boleh hidup terus setiap kali diaktifkan.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 09

Penjana Isuzu berenjin diesel yang menguasai pangkalan JARE selama hampir 60 tahun. Foto: Japan National Institute of Polar Research.

Di Amerika, General Motors tidak lagi membangunkan enjin sendiri buat trak pikap GMC Sierra dan Chevrolet Silverado kerana enjin Isuzu diesel sendiri lebih baik dan lebih murah. Disebabkan itulah GM bekerjasama dengan Isuzu.

Bercakap mengenai Amerika. Jalinan usaha sama DMAX (bukan trak pikap D-Max) yang mana 40% daripadanya dimiliki oleh Isuzu telah menghasilkan enjin Duramax. Dengan 2 juta unit terjual sejak tahun 2000, ia dianggap sebagai enjin diesel paling berjaya di Amerika.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 10

Trak jenama GM tapi menggunakan enjin Isuzu.

Sebelum ini, GM yang menggunakan enjin diesel tersendiri hanya berupaya memperoleh bahagian pasaran trak pikap di Amerika sebanyak 5% sahaja. Sejak Isuzu bekalkan enjin Duramax, pasarannya meningkat ke 37% (setakat tahun 2020).

Jadi bagaimana Isuzu begitu handal dalam penghasilan enjin diesel?

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 11

Isuzu TX-80 tahun 1946, trak pikap diesel Isuzu yang pertama.

Untuk maklumat anda, Isuzu menggunakan masa harian untuk menghasilkan trak dan enjin diesel sahaja. Masa lapang yang mereka peroleh berbanding pengeluar lain digunakan untuk menyempurnakan enjin diesel dan menghasilkan trak yang lebih baik.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 12

Lagipun, Isuzu hidup melalui dua benda ini sahaja. Jadi, mereka tidak ada pilihan lain.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 13

Logo Isuzu yang lama.

Disebabkan inilah Isuzu D-Max menjadi kegemaran orang Thailand, iaitu pasaran trak pikap kedua terbesar di dunia selepas Amerika.

Juga bacaIsuzu D-Max lebih popular daripada Hilux di Thailand. Mampukah Isuzu tawan hati Malaysia?

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 14

Bagi anda yang belum tahu, Isuzu D-Max terkini sebenarnya setanding dengan Toyota Hilux tetapi lebih murah. Tambahan pula, ia hadir dengan pelbagai ciri yang lebih padu.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 15

Isuzu 117 Coupe tahun 1968.

Suatu masa dahulu, Isuzu pernah menghasilkan kereta iaitu Isuzu 117 Coupe, Piazza, dan Vehicross.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 16

Konsep Isuzu Vehicross pada tahun 1993.

Tidak cukup dengan itu, kereta konsep berenjin tengah mereka iaitu 1969 Bellet MX 1600 dan 1989 4200R telah menjadi sebutan buat Tokyo Motor Show di tahun masing-masing.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 17

Isuzu Piazza.

Namun begitu, kemelesetan ekonomi Jepun pada tahun 90-an telah memaksa Isuzu untuk hanya fokus pada penghasilan trak dan enjin diesel sahaja.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 18

Isuzu 4200R.

Kalau anda perasan, trak pikap zaman sekarang meletakkan fokus pada gaya hidup.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 19

Disebabkan oleh standard pelepasan karbon (sudah berkuatkuasa di Thailand) dan piawaian keselamatan untuk kenderaan komersial (Australia) yang semakin ketat, harga trak pikap sebenarnya makin mahal.

Dahulunya, kenderaan ini berharga bawah RM 100k tetapi sekarang sudah mencecah RM 150k. Kalau harga dah sampai begini, pemanduan trak tersebut perlulah setanding SUV konvensional seperti Honda CR-V.

Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux! 20

Inilah yang cuba diketengahkan oleh Isuzu D-Max baru. Selain kekal lasak, gayanya yang memukau juga boleh mencuri perhatian pembeli daripada memilih Ford Ranger.

Boleh tapau Toyota Hilux atau tidak, itu lain cerita.

Yang pastinya, enjin diesel pada D-Max adalah antara yang terbaik dalam pasaran trak pikap.

Baca juga: Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda