window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri

Khairil ยท Jan 10, 2021 12:00 PM

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri 01

Bagi sebuah jentera dua roda terutama motosikal, 'stand' atau 'tongkat' adalah perkakasan wajib agar kenderaan berkenaan tak jatuh ketika tidak ditunggang.

Ia perkara yang asas tetapi sedarkah anda, mengapa hampir semua tongkat motosikal di dunia, tanpa mengira model sama ada Honda, Yamaha, Ducati atau banyak lagi jenama terletak di sebelah kiri.

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri 02

Sumber imej: Motorbike Writer

Perkara ini mungkin sesuatu yang dianggap remeh untuk sesetengah orang namun menarik untuk diketahui.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ada beberapa sebab mengapa ia terletak di bahagian berkenaan dan uniknya, ia membabitkan sains serta sejarah.

Kanan lebih dominan

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri 01

Sumber imej: Jooinn

Kira-kira 90 peratus populasi dunia dominan tangan kanan. Berikutan itu, keperluan untuk pasaran global pasti lebih terarah kepada golongan berkenaan terutama dari sudut penciptaan.

Berdasarkan fakta, situasi berkenaan menjadikan tangan dan kaki di sebelah kanan lebih kuat dan ia kemudian berkait dengan soal praktikaliti seperti bagaimana seseorang itu mahu menaiki kuda.

Tradisi, pengalaman menunggang kuda dan basikal

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri 02

Sumber imej: Depositphotos

Sebelum wujudnya motosikal atau basikal, kuda adalah medium pengangkutan utama penduduk dunia sejak beberapa generasi lalu.

Sebelum seseorang itu dapat menunggang kuda, mereka perlu menaiki badan haiwan berkenaan terlebih dulu dan menaikinya dari sebelah kiri lebih mudah.

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri 03

Sumber imej: Wall Street Journal

Ini kerana mereka akan menghayunkan kaki kanan (yang lebih kuat) untuk memudahkan mereka naik ke atas haiwan berkenaan. Situasi sama turut berlaku ketika hendak turun.

Perkara itu kemudian menjadi tradisi ketika menaiki basikal yang diserapkan kepada motosikal.

Penghidup tendang' (Kick starter) di sebelah kanan

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri 04

Sumber imej: RideApart

Ia turut berkait dengan kekuatan kaki di sebelah kanan. Disebabkan tenaga yang lebih perlu digunakan untuk menghidupkan motosikal, ‘kick starter’ di pasang di sebelah kanan.

Jadi, jika tongkat juga dipasang di sebelah kanan, ia akan memberikan gangguan kepada penunggang. Untuk mengatasi masalah itu, tongkat dipasang di sebelah kiri sehingga hari ini.

Sejarah dari Jerman

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri 05

Sumber imej: https://about.fb.com/news/2019/03/babes-ride-out/

Seperti diketahui, motosikal pertama dunia dicipta di Jerman. Justeru, apabila Jerman menggunakan pemanduan di sebelah kiri, apa yang lebih baik buat mereka terutama dari sudut praktikaliti akan menjadi ikutan.

Sebagai contoh, apabila motosikal di parkir di sebelah kiri jalan dan condong di sebelah kiri, ia akan memberi lebih ruang di jalan raya dan memberi lebih keselamatan kepada kenderaan yang melaluinya.

Ini sebab kenapa 'tongkat' motosikal terletak di sebelah kiri 06

Ia kemudian menjadi ikutan negara pengguna dan pengeluar utama motosikal lain seperti China dan India yang kemudian turut mengeluarkan motosikal yang meletakkan tongkat di sebelah kiri.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda