window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70?

Faisal · Jul 7, 2022 06:00 PM

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70? 01

Geely baru-baru ini telah mengeluarkan satu imej berupa kereta konsep FX11 yang mana ia memberikan prebiu awal kepada Geely Boyue 2022. Bagi anda yang belum tahu, model ini bakal menjadi pewaris kepada saudara kembar Proton X70.

Untuk pengetahuan anda, pengeluaran Geely Boyue sekarang ini sudah masuk tahun ke-7. Ia diperkenalkan kali pertama di China pada tahun 2016. Jadi kalau ikut logik, model penggantinya pasti sedang giat dibangunkan dan inilah gambaran pertama mengenai generasi kedua.

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70? 02

Platform CMA dari Geely.

Kalau anda perhati, imej rasmi yang Geely dedahkan ini betul-betul menekankan tulisan CMA. Nampaknya, Geely Boyue 2022 akan guna platform Compact modular Architecture (CMA), iaitu asas yang dibangunkan bersama dengan Volvo. Antara model yang sudah guna platform ini adalah Volvo XC40 dan Proton X50.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, Geely Boyue/Proton X70 selama ini diasaskan oleh platform NL Geely yang sudah tua.

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70? 01

Mengenai kereta konsep itu sendiri, FX11 menerapkan reka bentuk yang cukup moden dan menyerlah, sama seperti konsep Geely Vision Starburst.

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70? 02

Kereta konsep Geely Vision Starburst.

Bagaimana pula dengan trenkuasa?

Secara teknikal, platform CMA kiranya merupakan versi ringkas kepada platform SPA (Scalable Platform Architecture) yang digunapakai pada model Volvo bersiri 60 dan 90.

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70? 03

Oleh kerana itu, Geely Boyue generasi baru nanti berkemungkinan ditawarkan dengan trenkuasa hibrid sederhana atau hibrid plug-in.

Juga bacaEnjin 1.5 TGDi 3 silinder turbo bakal menguasai model Proton akan datang, bukan X90 sahaja!

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70? 04

Untuk pasaran Malaysia pula, enjin 1.5L turbo 3 silinder yang digunapakai pada Proton X50 dan X70 facelift hampir pasti akan beransur pada model baharu nanti. Lagipun, Proton sendiri telahpun mengesahkan perkara ini.

Juga bacaProton buka pusat pemasangan engin yang baru di Tg Malim, pertama di luar China yang cipta nadi 1.5T 3 silinder Geely

Bila pelancaran Proton X70 generasi kedua akan berlangsung?

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70? 05

Untuk makluman anda, Proton X70 mulakan produksi tempatan (di kilang Tanjung Malim) pada lewat tahun 2019. Awal 2020 pula, keluaran model CKD itu dilancarkan secara rasmi.

Inilah dia Geely Boyue FX11 2022 generasi seterusnya - berplatform CMA, pewaris Proton X70? 06

Jadi, kami menjangkakan bahawa produksi Proton X70 sekarang akan dikekalkan sekurang-kurangnya lagi 5 tahun. Senang kata, Proton mungkin akan ke model facelift terus iaitu sekitar tahun 2025.

Juga bacaSpyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda