window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90!

Faisal ยท Feb 5, 2021 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 01

Antara aspek yang buatkan ia nampak sama ialah sentuhan gril selari seperti yang terdapat pada kereta Volvo dan Geely Preface.

Set gambar kali ini turut memperlihatkan visual belakang secara keseluruhan.

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 02

Nampaknya inilah model Geely pertama yang menggunakan sentuhan lampu bar yang melintang di antara kedua2 lampu belakang. Perincian ini membuatkan Geely KX11 nampak lebih lebar, terutama dengan gabungan bahagian plat nombor pendaftaran yang rata.

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 03

Selain itu, Geely KX11 nampaknya hadir dengan ciri kamera 360-darjah dan pilihan rim yang bersaiz 18, 19, dan 20 inci.

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 04

Berdasarkan set gambar ini juga, Geely KX11 menawarkan ciri bumbung suria dan cermin belakang peribadi.

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 05

Geely KX11 turut hadir dengan susunan 3 skrin!

Bagaimana dengan dimensi dan prestasi Geely KX11?

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 06

Dimensi Geely KX11 adalah seperti berikut:

Dimensi Geely KX11 2021
Dimensi Saiz
Panjang (mm) 4,770
Lebar (mm) 1,895
Tinggi (mm) 1,689
Jarak roda (mm) 2,845
Berat (kg) 1,695

Walaupun Geely KX11 dikhabarkan sebagai produk yang lebih premium, SUV segmen D ini sebenarnya 65 mm lebih pendek, 5 mm lebih tirus, dan 91 mm lebih rendah daripada Geely Haoyue.

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 07

Geely Haoyue

Jika dibandingkan dengan Proton X70 pula, Geely KX11 sebenarnya 251 mm lebih panjang. Malah ia juga 64 mm lebih lebar.

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 08

Enjin 2.0L turbo pada Geely Xingyue

Dari segi trenkuasa, Geely KX11 dikhabarkan hadir dengan dua pilihan enjin dimana salah satunya turut dikongsi dengan Geely Xingyue. Butirannya adalah seperti berikut:

Trenkuasa Geely KX11 2021
Enjin Perincian/output
JLH-4G20TDB

2.0L, turbo 4 silinder

238 PS / 320 Nm tork

JLH-4G20TDJ

2.0L, turbo 4 silinder

218 PS / 325 Nm tork

Dari segi transmisi, ia masih belum dapat dipastikan. Uniknya, model lain yang menggunakan kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi DCT 8 kelajuan.

Untuk gambaran yang lebih jelas mengenai prestasi trenkuasa ini, anda boleh ikuti rebiu Geely Xingyue di akhir bacaan.

Bilakah pelancarannya? Adakah ia akan menjadi sebuah Proton?

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 09

Seperti yang dimaklumkan pada awal bacaan, Geely KX11 bakal dilancarkan di Shanghai Auto Show 2021 pada bulan April. Walau apapun, ia bakal dirasmikan dengan nama yang lebih konvensional – seperti Binyue dan Jiaji.

Inilah Geely KX11 sebelum anda patut lihat secara rasmi, kembar Volvo XC90! 10

Mengenai penjenamaan semula ke Proton, Geely KX11 berkemungkinan tiada dalam perancangan mereka memandangkan platform CMA sendiri agak mahal untuk dimulakan. Untuk itu, Proton X90 (Geely Haoyue, atau Okavango seperti di Filipina) sebenarnya lebih relevan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda