window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Inilah model-model BMW paling laris untuk S1 2022 - EV menyumbang 6% daripada jualan

Faisal ยท Aug 22, 2022 11:00 AM

Inilah model-model BMW paling laris untuk S1 2022 - EV menyumbang 6% daripada jualan 01

Secara global, BMW pada separuh pertama tahun 2022 membuat penyerahan sebanyak 1,016,228 unit kenderaan, Ini tidak termasuk motosikal BMW Motorrad, MINI dan Rolls-Royce.

Apapun, berbanding 6 bulan pertama tahun lepas, prestasi ini menurun 13.7% kerana ada isu komponen semikonduktor yang terhad dan isu rantaian bekalan yang berpunca daripada perang Ukraine-Rusia. Malah, polisi ‘lockdown’ Covid sifar di China juga antara sebab utama.

Buat masa ini, BMW ada 20 model yang dijual, termasuklah 4 model elektrik i.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Inilah model-model BMW paling laris untuk S1 2022 - EV menyumbang 6% daripada jualan 01

Berikut adalah senarai model BMW paling laku untuk separuh pertama 2022. Perlu dimaklumkan bahawa BMW menggabungkan sekali model teras bersama dengan model tambahan seperti 3 Series dan 4 Series.

Jualan model BMW, S1 2022 (unit)
3 Series / 4 Series 228,274 (-16.4%)
X3 / X4 198,844 (-2%)
5 Series / 6 Series 158,977 (-11.2%)
X1 / X2 130,643 (-24.1%)
X5 / X6 116,758 (-1.7%)
1 Series / 2 Series 9,8316 (-34.3%)
X7 27,843 (+3.5%)
i Series (iX, i3, i8) 26,037 (+102.4%)
7 Series / 8 Series 23,863 (-31.3%)
Z4 6,673 (-19.4%)
Jumlah 1,016,228 (-5%)

Seperti yang dijangkakan, BMW adalah syarikat yang masih berpusat pada model 3 Series. Mereka mungkin ada matlamat besar buat model siri elektrik i dan SUV siri X kerana jualannya semakin laris tetapi tunjang BMW tetap 3 Series.

Inilah model-model BMW paling laris untuk S1 2022 - EV menyumbang 6% daripada jualan 02

Apapun, BMW tidak kongsikan bilangan jualan 3 Series tetapi apabila digabungkan sekali dengan 4 Series dan i4, segmen kompak premium ini menyumbang 22.5% daripada jualan syarikat itu. Namun demikian, 4 Series dan i4 hanyalah minoriti dan peratusan jualan sebenarnya banyak datang daripada 3 Series.

Dari segi kedudukan, menduduki di belakang 3 Series pula bukan 5 Series tetapi X3 dan X4 iaitu peratusan jualan sebanyak 19.6%.

Inilah model-model BMW paling laris untuk S1 2022 - EV menyumbang 6% daripada jualan 03

Untuk pengetahuan anda, model siri X, termasuklah iX3 (bukan iX sahaja) kini menyumbang hampir separuh daripada jualan BMW secara global iaitu mencecah 46.7%.

Dalam masa yang sama, BMW berkata bahawa 5.7% daripada jualan mereka datang daripada model elektrik. Model hibrid plug-in pula menyumbang 10%.

Inilah model-model BMW paling laris untuk S1 2022 - EV menyumbang 6% daripada jualan 04

Menariknya, i8 masih lagi dikira walaupun produksinya telah tamat pada tahun 2020. Bagi kami, ini mungkin unit yang tidak dijual atau tempahan yang tidak dibuat akibat kekurangan bekalan komponen.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda