window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Intipan - Toyota Corolla Cross tanpa 'seurat benang' sebelum pelancaran di Jepun

Faisal · Jul 6, 2021 06:00 PM

Intipan - Toyota Corolla Cross tanpa 'seurat benang' sebelum pelancaran di Jepun 01

Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Toyota Corolla Cross bakal tiba di Jepun pada September ini setelah ia rancak menembus beberapa pasaran besar di serata dunia.

Juga bacaToyota Corolla Cross potensi maksimum - 2.0L Dynamic Force, AWD untuk pasaran US!

Intipan - Toyota Corolla Cross tanpa 'seurat benang' sebelum pelancaran di Jepun 02

Kredit.

Menariknya, Toyota Corolla Cross telahpun diintip di Jepun tanpa seurat benang. Menurut sumber, Corolla Cross ini dijumpa di tempat parkir sebuah pusat membeli-belah yang terletak berdekatan dengan kilang Toyota Jepun di Aichi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daripada apa yang diberitahu, ini merupakan kenderaan pembangunan untuk produksi Corolla Cross di Jepun kelak. Walau bagaimanapun, tidak mustahil kalau model sebenar nanti hadir dengan spesifikasi yang berbeza.

Intipan - Toyota Corolla Cross tanpa 'seurat benang' sebelum pelancaran di Jepun 01

Apa yang dapat dilihat ialah rim 18 inci yang turut ditawarkan pada Corolla Cross spec Thailand, Malaysia dan juga Amerika Syarikat.

Selain itu, spyshot ini kelihatan memakai logo Toyota yang biasa. Namun begitu, logo Toyota di belakang telah ditanggalkan. Malah, sebarang nama pun tidak diletakkan.

Intipan - Toyota Corolla Cross tanpa 'seurat benang' sebelum pelancaran di Jepun 02

Secara global, Toyota Corolla Cross datang dengan pilihan enjin 1.8L petrol atau hibrid. Enjin 2.0L Dynamic Force juga turut ditawarkan. Model hibrid pula kebiasaannya mengenakan logo Toyota yang berwarna biru.

Intipan - Toyota Corolla Cross tanpa 'seurat benang' sebelum pelancaran di Jepun 03

Setelah dilancarkan di Jepun kelak, SUV ini akan berada di antara Toyota C-HR dan RAV4. Dengan kehadirannya, barisan SUV Toyota di Jepun nanti akan terdiri daripada 8 buah model.

Juga bacaCorolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid!

Intipan - Toyota Corolla Cross tanpa 'seurat benang' sebelum pelancaran di Jepun 04

Walaupun bunyinya agak banyak, Corolla Cross tetap ideal bagi rakyat Jepun yang mahukan SUV yang tidak terlalu kecil mahupun terlalu besar. Apapun, hanya masa yang dapat menentukan samada Corolla Cross mampu mengukir kejayaan yang sama di pasaran home market.

Juga bacaToyota Corolla Cross No.1 di Thailand, hampir 3x lagi popular daripada HR-V untuk Q1 2021!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda