Laporan dari laman forum CivicXI telah memaparkan beberapa imej 2022 Honda Civic generasi baharu yang bakal mengubah lagi gaya Honda Civic yang kita ketahui setakat ini.
Rekaan Honda Civic sebelum ini telah diintip di Thailand dengan samaran. Rekaan terbaru ini diambil daripada fail paten memberikan sedikit sebanyak gaya yang bakal dikenakan oleh Honda Civic selepas ini.
Tidak dinafikan, Honda Civic merupakan antara model kereta yang selalu hadir dengan rekaan yang berlainan dengan generasi sebelumnya. Kali ini, 2022 Honda Civic generasi baharu dilihat mengenakan rekaan yang lebih matang.
Suatu anjakan daripada rekaan sekarang yang lebih tajam, muda dan agresif, 2022 Honda Civic dilihat mengenakan dimensi yang lebih panjang, profail yang lebih rendah dan lebih ringkas.
Tiada lagi bampar hitam besar yang melewati bahagian perumah lampu kabus hadapan dan bampar belakang. Tiada lagi spoiler yang melengkapi lampu belakang ‘tangan ketam’. Segalanya kini ringkas dan tampak elegan, lebih menuju ke arah rekaan Honda Accord.
Setiap generasi Honda Civic sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Tanda nama Civic tersebut cukup kuat untuk menarik minat pelbagai lapisan umur.
Pasaran utama Honda Civic merupakan US dengan intipan Honda Civic Type R serba baharu yang tular di sana. Keluaran terbaru Honda Civic generasi FC dilancarkan di US pada tahun 2015, menandakan masa yang hampir tiba untuk generasi seterusnya.
Dijangka bahawa debut pada pasaran US akan diadakan dalam tahun 2021, manakala pasaran lain akan menerima Honda Civic sekitar tahun 2022. Adakah langkah pembaharuan imej ini bakal menarik spektrum pembeli yang lebih luas?
Sumber: CivicXI
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS
Upgrade
Add your car