Intipan: China bakal CKD Honda Civic Type R FL5 2023, kali pertama dipasang di luar Jepun!

Faisal · Sep 26, 2022 07:00 PM

Intipan: China bakal CKD Honda Civic Type R FL5 2023, kali pertama dipasang di luar Jepun! 01

Buat kali pertamanya dalam sejarah automotif China, negara itu akan memasang (CKD) jentera Honda Civic Type R iaitu model terbaru yang dikenal sebagai FL5. Menariknya, ia bakal menjadi Type R pertama yang dijual di pasaran China. Model yang ada di sana sebelum ini sebenarnya dibawa masuk oleh pengimport kereta.

Intipan: China bakal CKD Honda Civic Type R FL5 2023, kali pertama dipasang di luar Jepun! 02

Kredit foto: Yiche.

Berdasarkan intipan daripada Yiche, kita boleh lihat bahawa Dongfeng Honda sedang mempersiapkan perkakas pemasangan lokal buat Civic Type R FL5 di salah satu fasiliti produksi mereka.

Intipan: China bakal CKD Honda Civic Type R FL5 2023, kali pertama dipasang di luar Jepun! 03

Perkembangan ini secara tidak langsung mengesahkan laporan sebelum ini yang mana Dongfeng Honda akan memasang Civic Type R FL5 dan bakal dilancarkan pada suku keempat 2022.

Intipan: China bakal CKD Honda Civic Type R FL5 2023, kali pertama dipasang di luar Jepun! 01

Buat masa sekarang, Civic Type R FL5 dipasang di kilang Honda di Yorii, Saitama. Generasi FK8 sebelum ini pula dipasang di kilang Honda di Swindon, United Kingdom tetapi kilang itu telahpun ditutup.

Juga bacaKilang dah tutup, Honda Civic Type R generasi baharu 2022 mungkin dipasang (CKD) di China

Intipan: China bakal CKD Honda Civic Type R FL5 2023, kali pertama dipasang di luar Jepun! 02

Secara teknikal, Civic Type R FL5 membuat debut global pada pertengahan Julai yang lalu. Kuasanya datang dari enjin 2.0L turbo K20C1 sama seperti sebelum ini tetapi dipertingkatkan kepada 330 PS (+10 PS) dan 420 Nm (+20 Nm).

Juga bacaHonda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R!

Intipan: China bakal CKD Honda Civic Type R FL5 2023, kali pertama dipasang di luar Jepun! 03

Dengan suntikan dari segi aerodinamik dan pengedalian juga, Civic Type R FL5 kini adalah kereta pacuan roda depan (FWD) terpantas di litar Suzuka, Jepun.

Juga bacaHonda Civic Type R 2022 ‘belasah’ Suzuka Circuit, nampak lagi ‘pedas’ dari FK8!

Untuk negara kita nanti, Honda Malaysia dijangka melancarkan juga Civic Type R FL5 memandangkan beberapa tahun yang lalu, generasi FK8 ada ditawarkan di pasaran kita iaitu pada harga RM 330k.

Intipan: China bakal CKD Honda Civic Type R FL5 2023, kali pertama dipasang di luar Jepun! 04

Di Jepun, Civic Type R FL5 berharga 5% lebih mahal berbanding model terdahulu. Jadi kalau mengikut kadar sama, Honda Malaysia dijangka menawarkannya pada harga sekitar RM 350k dan ia mungkin tiba pada akhir tahun hadapan.

Juga bacaHonda Civic Type R FL5 2022 dikatakan 5% lebih mahal, tempoh menunggu 6 bulan di Jepun, jangkakan harga RM 350k di Malaysia

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda Civic Type R 6MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru