Intipan: Harley Davidson 338R didedah. Harley Davidson ‘terpaksa’ buang identiti cruiser?

Haris · Sep 28, 2020 06:00 PM

Harley Davidson adalah sebuah jenama yang sedang mengalami kemerosotan. Baru-baru ini, Harley Davidson telah mengambil keputusan untuk keluar dari pasaran motosikal terbesar dunia iaitu India. Keputusan tersebut diambil atas beberapa faktor, antaranya penjualan yang merudum (kurang 25,000 unit) dalam pasaran yang menjual sekitar 15 - 20 juta unit motosikal setahun.

Kredit gambar: BI

Mengikut jejak langkah pengeluar barat yang bekerjasama dengan syarikat dari timur dalam membangunkan motosikal bersesaran rendah, Harley Davidson terpaksa menurunkan ego dan mengorak langkah yang sama. Syarikat pilihan Harley Davidson ini berpengkalan di China iaitu Qianjiang Motorcycle Company Limited.

QJ350

Syarikat yang memiliki jenama Benelli tersebut telah mendaftarkan reka bentuk motosikal terbaru, mendedahkan sebuah motosikal jenis naked yang digelar QJ350. QJ350 ini bakal dijenamakan semula sebagai Benelli 350S dan bakal digunakan sebagai asas bagi model terbaru Harley Davidson 338R.

Berbeza dengan QJ350 / Benelli 350S, Harley Davidson 338R menampilkan rekaan retro moden dengan penggunaan lampu bulat, meter bulat tetapi dengan ekor yang lebih pendek. Rekaan yang telah didaftarkan ini kelihatan jauh daripada identiti gagah motosikal jenis cruiser yang selama ini menjadi identiti Harley Davidson. 

Selain itu, Harley Davidson 338R ini akan menjengah ke pasaran China dahulu sebelum dipertimbangkan untuk pasaran-pasaran Asia lain. Selain daripada Harley Davidson, BMW terlebih dahulu mengeluarkan motosikal bersesaran rendah dengan kerjasama syarikat TVS selain daripada KTM yang bekerjasama dengan syarikat Bajaj. 

Qianjiang Motorcycle juga dimiliki oleh syarikat Geely Group. Sebagai perbandingan, Proton dan Volvo dimiliki oleh Geely Auto Group. Melihat kepada sokongan kewangan yang dimiliki, tidak hairan jika jenama Benelli yang dimiliki Qianjiang Motorcycle semakin kompetitif dalam arena permotoran Malaysia. Adakah Harley Davidson memilih rakan niaga yang betul?

Sumber: Motorcycle.com

 

Komen

Berita Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru