**INFO BAHARU: Model ini baru sahaja dilancarkan di Thailand! Klik pautan Bahasa Inggeris kami.**
Honda CR-V merupakan SUV terbaik dalam segmen C hinggalah Proton X70 hadir dan mengalahkan model tersebut dengan tawaran ciri-ciri dan kelengkapan yang lebih murah.
Nampaknya, Honda tidak mudah menyerah kalah. Di Thailand, beberapa intipan mendapati bahawa Honda CR-V akan menerima facelift tidak lama lagi.
Di Vietnam, Honda CR-V telah pun diintip dengan facelift terbaru sebulan sebelum ini. Adakah Malaysia akan menjadi destinasi akhir untuk Honda CR-V facelift ini?
Jangkaan awal mendapati facelift terbaru Honda CR-V ini akan hadir dengan pembaharuan seperti berikut:
Tiada peningkatan prestasi yang dijangkakan. Tren kuasa sekarang akan digunakan iaitu pilihan enjin 2.4 liter NA (173 PS, 224 Nm) petrol dengan transmisi CVT automatik atau 1.6 liter (160 PS, 350 Nm) diesel turbo dengan transmisi automatik 9-kelajuan.
Ura-ura mengatakan, Honda CR-V facelift ini akan dipertontonkan ketika majlis Bangkok International Motor Show 2020 pada 14 Julai 2020.
Honda CR-V facelift baru ini dijangka akan hadir di Malaysia sekitar tahun 2021. Sungguhpun begitu, Honda tidak akan membawa model CR-V facelift ini sebelum melancarkan Honda City serba baru dan Honda City Hatchback yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2022 Honda City Hatchback 1.5 S
Upgrade
Add your car
2021 Proton Persona Standard 1.6
2022 Proton Saga Standard 1.3
Komen