Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah!

Zamil Syaheer · Nov 2, 2020 03:00 PM

Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah! 01

Tempahan untuk Honda CR-V 2021 ‘facelift’ dibuka awal bulan lepas. Kalau anda belum tempah lagi sebab nak tengok depan mata, CR-V 2021 ini bakal tiba di bilik pameran tak lama lagi!

Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah! 02

Kami di WapCar ternampak rombongan Cik Kiah ini awal pagi tadi. Kesemua unit ini akan bertemu dengan pemilik baru mereka masing-masing. Secara keseluruhan, ia nampak lebih kurang sama dengan CR-V terdahulu dengan beberapa perubahan di fasia depan dan rim aloi 18 inci dwi-tona.

Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah! 01

Di bahagian belakang pula, terdapat lampu belakang LED ‘smoked’ dan kemasan tip ekzos baharu. Kemasan kecil ini membuatkan CR-V tampak lebih premium berbanding sebelumnya.

Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah! 02

Model CR-V yang anda sedang lihat ini adalah varian 4WD yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS seperti:

  • Lane Departure Warning with Lane Keep Assist
  • Road Departure Mitigation 
  • Forward Collision Warning
  • Collision Mitigation Braking System
  • Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow
  • Auto High Beam

Terdapat juga but belakang berkuasa bebas tangan sebagai standard.

Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah! 03

Standard untuk semua varian adalah tempat duduk kulit dan Honda LaneWatch. Terdapat banyak kelengkapan pada CR-V baharu ini, jadi jika anda sedang mencari SUV yang selesa maka berbaloi untuk anda sabar sebentar.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda CR-V 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru