
Tempahan untuk Honda CR-V 2021 ‘facelift’ dibuka awal bulan lepas. Kalau anda belum tempah lagi sebab nak tengok depan mata, CR-V 2021 ini bakal tiba di bilik pameran tak lama lagi!

Kami di WapCar ternampak rombongan Cik Kiah ini awal pagi tadi. Kesemua unit ini akan bertemu dengan pemilik baru mereka masing-masing. Secara keseluruhan, ia nampak lebih kurang sama dengan CR-V terdahulu dengan beberapa perubahan di fasia depan dan rim aloi 18 inci dwi-tona.
![Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah! 01]()
Di bahagian belakang pula, terdapat lampu belakang LED ‘smoked’ dan kemasan tip ekzos baharu. Kemasan kecil ini membuatkan CR-V tampak lebih premium berbanding sebelumnya.
![Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah! 02]()
Model CR-V yang anda sedang lihat ini adalah varian 4WD yang dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu ADAS seperti:
- Lane Departure Warning with Lane Keep Assist
- Road Departure Mitigation
- Forward Collision Warning
- Collision Mitigation Braking System
- Adaptive Cruise Control with Low Speed Follow
- Auto High Beam
Terdapat juga but belakang berkuasa bebas tangan sebagai standard.
![Intipan: Honda CR-V 2021 ‘facelift’, nak sampai bilik pameran dah! 03]()
Standard untuk semua varian adalah tempat duduk kulit dan Honda LaneWatch. Terdapat banyak kelengkapan pada CR-V baharu ini, jadi jika anda sedang mencari SUV yang selesa maka berbaloi untuk anda sabar sebentar.
Komen